Awak, Awak. Awak Pakai Kamera Apa, Ya? | Doodles of Life

Saturday, February 06, 2016

Awak, Awak. Awak Pakai Kamera Apa, Ya?

I've been receiving this kind of question; "Awak pakai kamera apa?" few times that I feel I need to approach this question publicly. Sebenarnya, senang je nak tahu saya pakai kamera apa ke or phone apa ke untuk tangkap gambar sebab saya letak label untuk setiap entri yang bergambar. Tapi, untuk memudahkan orang yang bertanya, saya list kan segala jenis kamera dan phone yang saya guna untuk tangkap gambar selama ni.

Tapi, nak cakaplah, kalau awak ni memang berbakat ambil gambar, phone cikai-cikai dan kamera cikai-cikai pun bak kata orang, gambar tu boleh jadi lawa. Macam saya ni, sendu sikit, so nasib-nasib je dapat gambar yang agak-agak lawa.

Last updated on January 29, 2016.

Cameras

1. Nikon D90

Credit: Here

This is my main camera. Most of the pictures on this blog were captured by this gigantic camera. Most of the times, I use auto mode je. Kalau rajin sikit or datang angin acah-acah nak artistic sikit, saya pakai manual mode.

2. Nikon Coolpix P600

Credit: Here

Yang ni, bila ada, pakailah. Saya sendiri pernah pakai masa Eric Nam Showcase In Toronto je. Kalau awak pernah baca posts tu, semua gambar dalam posts tu semua diambil menggunakan kamera ni. Sekarang ni, kamera ni selamat berada di Malaysia. Masa pergi Langkawi hari tu pun banyak juga gambar dari kamera ini.

3. Nikon Coolpix AW100


Credit: Here

Yang ni pun saya pakai sekejap je. Saya pakai masa pergi Singapore dan LUNAFLY Showcase In Singapore. Saya beli camera ni dulu sebab camera ni waterproof (masa tu tak ada keinginan nak ada GoPro), shockproof dan boleh record full HD videos. Videos dia memang cantiklah. Kamera ni pun sekarang ada dekat Malaysia. Dah selamat menyelam dengan adik dan kakak saya agaknya. lol.

4. Nikon D3200

Credit: Here

Yang ni, kamera YH. Kot-kot kalau dalam gambar-gambar yang saya letak kat sini tu ada gambar saya, selalunya gambar tu datang dari kamera ni lah. Selalunya kalau kitaorang keluar sama-sama, saya selalu tak guna kamera saya. Buat apa nak guna kamera sendiri bila dah ada orang lain yang pro kan. Tapi, ada juga gambar saya datang dari kamera Nikon D90 tu sendiri. hehe .

Lens

1. Kit lens (AF-S DX Nikkor 18-105mm f3.5-5.6G ED VR)

Credit: Here

All this while, memang saya guna lens ni dengan Nikon D90 saya sebab dia kit lens. Tak mampu nak beli lens lain. Banyak jasa lens ni dekat saya. Lens ni bagi saya kira okaylah. It will make do. Cantik je gambar. Yang tak best, susah sikit nak ambil gambar bila low light. Kena pakai tripod.

2. AF-S DX Nikkor 35mm f/1.8G

Credit: Here

Yang ni, my current favourite. Sebenarnya nak beli yang f/1.4, tapi yang f/1.4 tu mahal sangat-sangat, nak tercekik bila tengok harga, saya settled dengan lens ni je. Most of the times, saya pakai bila nak bokeh effect or masa low light. Takpun, saya pakai masa saya nak tukar lens saya. Haha. Banyak je gambar dekat blog ni diambil menggunakan lens ni. Kalau orang lain guna lens ni untuk portrait, tapi, saya tak sebab saya tak suka ambil gambar orang.

3. AF-S Nikkor 50mm f/1.8G

Credit: Here

Yang ni, adik-beradik lens dekat atas tu. Alkisahnya saya tersalah beli. Saya ingatkan lens ni lens 50mm. In a way, memang nilah lens 50mm, tapi untuk full frame camera. Macam saya yang pakai cropped frame camera macam D90 tu, lens ni jadi 75mm. Pernah pakai masa pergi Banff sahaja. Nanti bila saya update Banff Trip 2.0, tengoklah macam mana hasilnya. Sekarang ni lens ni dok berabuk dalam kotak je. haha!

Phones

1. Samsung Galaxy Grand Prime

Credit: Here

Kalau saya tak bawa Nikon D90 saya masa saya keluar, saya selalu tangkap gambar pakai phone saya yang ini sahaja. Most of the times, kalau gambar saya dekat sekolah macam gambar Johnston Halls or gambar snow ke, memang saya tangkap pakai phone ni je. Not bad lah. Kamera belakang 8 mp, kamera depan 5 mp. Dulu beli phone ni sebab konon-konon senang nak letak sim card Malaysia dan Canada. Lepas tu, senang nak selfie katanya. Last-last, jarang guna kamera depan tu. La ni, phone saya ni meragam buat hal. Stress -____-

2. HTC One S

Credit: Here

Sebelum pakai Samsung Galaxy Grand Prime, saya pakai HTC One S ni. HTC One S ni kira smartphone pertama saya. Dulu-dulu masa baru datang sini. hampir kesemua gambar dekat Canada ni ditangkap menggunakan HTC One S. Saya rasa kamera dia agak cantik. Warna dia naik. Tapi, kamera belakang jelah. Kamera depan hampeh. Kamera belakang dia 8 mp, kamera depan dia 1.3 mp. lol. Sekarang ni tak guna sangat dah sebab warna gambar dia macam dah rosak sikit. Macam oversaturated je.

3. Samsung Galaxy S5


Credit: Here

Ni kalau balik Malaysia, baru dapat guna. Sebab ni phone Ayah saya. Kot ada gambar saya ke or gambar selfie, memang kebanyakkannya datang dari phone ini. Gambar dekat Langkawi pun banyak juga datang daripada phone ni.

4. Sony Xperia Z

Credit: Here

Ini phone kak Nur. Selalunya gambar dari phone kak Nur ni datang kalau dia Whatsapp saya benda-benda yang sampai untuk saya dekat Malaysia sana tu. Tak pun, gambar anak kucing. hehe.

5. Samsung Galaxy S4

Credit: Here

Ada kemungkinan besar gambar-gambar dekat Malaysia dan Canada ni diambil menggunakan phone ni sebab Along dan YH dua-dua pakai phone ni. Kalau gambar makan-makan or keluar lepak-lepak dekat Guelph ni memang banyak diambil menggunakan phone ni.

Bonus - Software/app untuk edit gambar!

1. VSCO

Adik and Kak Nur brought this thing up when I was in Malaysia last December. Diaorang ingat selama ni gambar yang saya letak kat blog ni, unedited. Masya Allah, semestinyalah tidak! Rasa macam penipu bila diaorang kata macam tu.

All the pictures on this blog have been edited using VSCO app. Harap maklum! VSCO app is my favourite picture editing app. Banyak sangat filters yang cantik! Kalau awak pandai guna, memang gambar yang cantik akan menjadi lebih-lebih cantik! Most of the times, I use it to enhance the colour. Or to change the mood of the picture. Sebab kadang-kadang tersalah setting camera kan. 


Selain dari VSCO app, saya guna Photoscape juga. Kadang nak betulkan white balance la, apa la, saya akan gunakan Photoscape. Tapi la ni, asyik guna VSCO je, memang dah jarang guna Photoscape ni. Sebelum VSCO wujud dekat muka bumi ni, saya memang guna Photoscape untuk edit gambar. Sangat-sangat senang untuk digunakan. Hasil pun boleh tahan kalau pandai guna.

That's it. Hope this comprehensive list will answer all questions that some of you had in your mind before :)

TL;DR
Saya selalu pakai Nikon D90 dan Samsung Galaxy Grand Prime untuk ambil gambar.
Untuk edit gambar, saya selalu pakai VSCO.

Sekian!

44 comments:

  1. rasa nak tercekik kejap. berapa banyak camera kak farah ada ni. saya memang tak reti guna camera besar macam tu T.T sad lifeu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdenya nak sad lifeu pun. Aisya kan pro Photoshop. Akak tak reti langsung guna Photoshop. Lagi sedih T____T

      Nampak macam banyak tapi kamera yang ada dekat akak ada satu je. Nikon D90 tu je :)

      Delete
  2. saya la ni pakai smart phone jer bawak gi travel mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan. Tapi, saya tak suka guna smartphone tangkap gambar. Tak tahu kenapa. Macam takde kepuasan sangat. Lagi satu, sebab kamera phone saya tak cantik sangat. lol

      Delete
  3. Wah hebat. Kita oakai smart phone jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat mana pun kak kalau tangkap gambar asyik pakai auto mode je. hahahaha :D

      Delete
  4. What... Banyak gila your cameras. Omg i pakai ipad and iphone je. Hee no wonder all gambars lawa je kat blog sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyah, tak banyak mana pun. Yang lain tu family camera. I only have one camera; Nikon D90 tu je.

      Akak tak mampu nak pakai iPhone and iPad dik oiii. Gambar awak pun apa kurangnya :D

      Delete
  5. best bacaaaa tapi sebab sy kurang faham sgt pasal lens tu, skip kejap :D i don't know much about dslr. hehe maybe sbb prefer compact camera kot :D

    i can see you are a Nikon lover eh?

    before I bought Note4, memang nak beli S4 / S5 tapi malangnya tak keluar dah stok dia. Kalau ada pun mahal. Frust, terus ke Note4 akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Compact camera pun okay sebab sekarang semua camera dah canggih-canggih kan. Takpe, takpe, skip je apa yang tak faham. Itu untuk orang-orang yang curious terlampau sangat :D

      Yup! I'm more comfortable with Nikon tapi teringin juga nak cuba Canon. Rasa macam nak beli compact camera Canon tapi takut parents marah sebab dah beli banyak sangat kamera. haha T__T

      Oh, pakai Note 4 ke? Note 4 pun mahal juga. Sebelum saya beli Samsung Galaxy Grand Prime tu, saya pun teringin nak beli S4/S5 or Note 4 tapi semua pun mahal sangat yang buat saya menitis air mata darah. Terus tak jadi beli. Last-last beli Samsung Galaxy Grand Prime je. Murah. haha :D

      Delete
  6. huyoohh kameraa banyaknyaa. T_T. yes, vsco memang apps wajib dalam phone. rasa macam x lengkap je kalau x edit guna vsco. luls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu je yang ada dekat akak sekarang. Betul! VSCO app wajib. Memang rasa macam tak lengkap kalau tak edit guna VSCO.

      Delete
  7. Replies
    1. Sony A51000 JER tu pun power apa! Saya suka je tengok gambar dekat blog kak Sally tu :D

      Delete
    2. terlebih kosong tuuu..hahhahaha...thank you! :)

      Delete
  8. Replies
    1. Yang lain tu family and friend punya camera. Camera saya satu je :)

      Delete
  9. wah wah wahhhhh hebak nya banyak gila kak farah hui!!! :O sumpah ternganga sikit td haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamera akak satu je, Qila. Percayalah :)

      Delete
  10. pergh kak farah. ni mengundang jeles nih. hehehehe

    ReplyDelete
  11. Camera yang terbaik adalah camera yang ada di tangan...

    ReplyDelete
  12. Eh akak rasa hari tu akak komen kat sini dah ..kat post camera Farah ni..grrrrr
    mesti internet buat hal ni..

    ReplyDelete
  13. Byk camera/hp Farah guna untuk gambar eh..tapi satupun akak tak pernah guna..kecuali nikon AW100 coolpix tu pun hilang kat cameron highland..tertinggal kat tempat minum teh otw nak turun tapah.:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna pelbagai kamera/hp tapi most of the times, saya pakai dua tu je.

      Delete
  14. wow..no wonder gambar semua cantik.rasanya Farah kena letak link post ni kat sidebar, takdelah setiap kali pun orang tanya..not an expert bab kamera ni, so baca lelaju je, tak tau nak komen sangat..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Nanti-nanti lah letak link post ni dekat sidebar. Thank you for the suggestion, kak Sal :)

      Delete
  15. tak mampu nak beli kamera besar gedabak tu...guna Samsung Galaxy Tab je huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, ini pun parents saya yang bagi. Kalau saya, saya memang tak mampu la.

      Delete
  16. saya guna kamera iphone je x'D insyallah sony a6000 coming soon x'D sekarang nak belajar sikit2 pasal kamera and lens etc. tiba2 terminat dengan photography pulak hiks :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmaera iPhone pun cantik sangat! Saya jealous tau.

      Delete
  17. Nad amik guna iphone tapi now iphone tu dah nazak, sodih jo takde gadjet lain nak buat amik gambar sobs :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi gambar iPhone memang cantik kan :D

      Delete
  18. saya pakai nikon d3100! tapi teringin nak ada lens yg canggih2 sikit woo T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah gambar dekat blog pun cantik-cantik juga. Mazni pakai lens apa sekarang ni?

      Delete
  19. saya edit gambar pakai Snapseed.
    terbaik sebab simple, hasil cun, dah macam Lightroom untuk versi phone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada Snapseed juga. Tapi, jarang guna sebab tak pandai sangat. Mungkin sebab dia macam Lightroom kot. Saya memang tak pandai guna Lightroom and Photoshop :(

      Delete
  20. gilaaaaa banyak camera Farah.. isk isk isk.. akak nye ahaha sendu =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kanera saya satu je, kak Siti. Yang lain tu family's cameras. Cameras akak pun power kan. Mirrorless camera dengan GoPro kan :)

      Delete
  21. patutla gambar dia lawa-lawa.. huwaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lawa sangat pun, kak Siti :((

      Delete
  22. thanks farah sgt membantu sbb k.nina nk cari lens utk Nikon D3100. hehee
    nikon tetap dihati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lens yang lagi bagus untuk kaki travel, kak Nina. Google je. Saya kalau mampu nak beli lens tu, memang saya beli. Tapi pasal saya ni sengkek, saya settle je dengan apa yang saya ada.

      Delete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...