School Trip To Niagara Falls, Ontario | Doodles of Life

Saturday, January 30, 2016

School Trip To Niagara Falls, Ontario

Ini entri repost dari blog lama. Senang nanti nak baca balik pasal pengalaman sendiri. Saya cuma ubah sikit-sikit dan letak gambar yang lain sikit je.

Niagara Falls
Niagara Falls

Ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke Niagara Falls, Ontario. Masa pertama kali saya pergi (December 14, 2013) tu, tak nampak apa pun sebab snow sangat tebal. Buat sesiapa yang pernah baca pengalaman pertama saya, ingat lagi kisah sadis itu? T___T

Kali kedua saya pergi (September 6, 2014) ni, alhamdulillah, happy sangat-sangat! Walaupun cuaca tak berapa nak cantik, sepanjang hari mendung, bila nak balik baru matahari nak keluar, kira okay la daripada pengalama pertama saya tu. 

American Falls and Bridal Veils Falls
American Falls and Bridal Veils Falls

Kali ni saya pergi, alhamdulillah nampak air terjunnya dengan jelas. Cuma bila tangkap gambar je tak berapa nak jelas. Almaklumlah orang tak pandai guna DSLR memang macam ni. So, obviously the pictures that I put here really do not do justice to the majestic Niagara Falls, okay :)

Kali pertama pergi dengan the other Jedis. Kali kedua ni pergi dengan rombongan sekolah sebab murah yang amat kalau bandingkan dengan pergi sendiri. Gigihlah pergi seorang-seorang takde kawan sebab Jedis lain semua baru pergi Niagara Falls masa summer. 

Horseshoe Falls
Horseshoe Falls

Sebelum pergi Niagara Falls ni, kami singgah Niagara On The Lake. Again, kisah Niagara On The Lake tidak akan diceritakan sebab saya tak buat apa-apa dan tak ambil gambar sangat pun masa dekat Niagara On The Lake tu.

Sampai-sampai dekat Niagara Falls tu, kami terus naik cruise yang dikenali sebagai Hornblower Niagara Cruise. Masa tu, excited yang amat sebab akan berada dekat dengan air terjun!

Maid of the Mist vs Hornblower Niagara Cruise
 Maid of the Mist vs Hornblower Niagara Cruise

Cruise ni 30 minit je. Memang akan basah walaupun dah pakai poncho yang disediakan. Tapi, memang berbaloi even basah kena tempias air terjun. Masa ni, gambar memang tak banyak sebab DSLR saya tak waterproof. Kalau ada GoPro masa tu, memang sakan saya tangkap gambar agaknya.

Elok je turun dari cruise tu, saya memang tak buat apa-apa dah. Saya cuma berjalan menghala ke Horseshoe Falls tu sahaja.

Maid of the Mist near to the Horseshoe Falls
 Maid of the Mist near to the Horseshoe Falls

Hornblower Niagara Cruise near to the Horseshoe Falls
 Hornblower Niagara Cruise near to the Horseshoe Falls

Alhamdulillah, kali ni betul-betul dah boleh cross Niagara Falls from my wish list. Tapi, mungkin akan datang lagi. Insya Allah, this summer with my parents pula. Mama dengan Ayah teringin sangat nak datang sini katanya :)

62 comments:

  1. in summer confirm lagi best kan..basah pun tak heran, sekejap je dah kering balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang lagi cantik. Insya Allah kalau tangkap gambar dekat Niagara Falls akan ada pelangi sekali. Tapi, ramai sangat orang dekat Niagara Falls masa summer.

      Delete
  2. masa winter, niagara ni boleh beku kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada part of Niagara tu akan beku. Tapi, bukan semualah. Beku dekat tepi-tepi je. Except kalau sejuk sangat yang suhu sampai cecah -40 or -50.

      Delete
    2. Berapakah suhu terendah yg farah pernah hadapi?

      Delete
    3. Berapakah suhu terendah yg farah pernah hadapi?

      Delete
    4. Paling rendah yang saya pernah rasa -45. Tapi tu macam tiga empat hari je dalam setahun. Hari-hari lain pretty average. Around -20ish if I'm lucky.

      Delete
  3. one of my travel wishlist! mahal tak if nak travel ke sana? huhu untungnya sambil study blh cuci mata :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope you'll achieve it one day! I'm not gonna lie, to travel to and in Canada is very very very expensive. Kadang, orang Canada sendiri pun tak mampu.

      Delete
    2. Ha kannnn... untung lah dak malaysia ni dpt "skool trip" ke niagara...

      Ahkak skool trip g melake je dik non...

      Ha ha ha...

      Buat buat gelak padahal jeles

      Delete
    3. Alahai kak Huda, masa saya study dekat Malaysia, saya punya school trip pun pergi Melaka juga. Ahaks!

      Delete
  4. Seronoknya! Basah lencun tak pe, janji dapat 'sapa' air hujan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aishhh air hujan apa akak merapu ni,..air terjun! :)

      Delete
    2. Betul kak! Seronok sangat except part kamera basah tu sebab kamera mahal :(

      Delete
    3. Punya sronok sampai tersasul kannnn

      Delete
    4. lol! Kuat mengusik juga kak Huda ni ya.

      Delete
  5. Tahun ni dah ada plan nak gi trip mana? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lagi, kak Farrah. Insya Allah nak ke US and other parts of Canada once my parents are here, insya Allah.

      Delete
    2. Farah... jgn lh blk msia lg...
      Tgu lh akk sampai sana dulu...
      Hu hu hu

      Delete
    3. Bila nak datang? Saya dah nak graduate ni. Once dah graduate, macam akan balik Malaysia for good je. Kalau stay pun, maybe just for extra few months.

      Delete
  6. wahhhh . it is amazing ! loving the pictures :)

    ReplyDelete
  7. aaaaaa niagara falls is one of my goals! <3 hihihik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah! It's one of my goals too :D

      Delete
  8. Replies
    1. Niagara Falls memang sangat-sangat cantik!

      Delete
  9. Cantiknya ciptaan Tuhan! Suka sangat tengok! ;)

    ReplyDelete
  10. Even kak farah kata gamba yg akak amek ni x cantik, tapi bagi saya mmng lawa sgt semua gamba2 ni. Saya teringin nak pegi canada sbb nk tengok niagara waterfalls nilah :D InsyaAllah kalau ade rezeki nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canada has way too much other things to offer than Niagara Falls. But, if this is one of things in your bucket list, you should pursue it! :)

      Delete
  11. ahhhh best gilaaaa. tak nak bawak kita pergi sana ke? jadi travel agent.. alaaa.. cantiknya niagara falls.. ingatkan yg kecik2 atas air tu burung2 kecik...rupanya titisan tempias air terjun.so nice laa kak farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak layak nak jadi travel agent. I don't know much about stuff.

      By the way, yang kecil-kecil tu memang burung.

      Delete
  12. murahnya rezeki dapat jalan ke sana, doakan kami juga ya. salam ukhwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)

      Salam ukhwah ya kak.

      Delete
  13. Bestnya. Selalu tengok dalam gambar & TV je.
    Teringin gak tengok depan mata :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni jarang tengok Niagara Falls dekat TV. Moga tercapai ya, cEro! :)

      Delete
  14. Kak Sally ingat! hahahaha...mmg dapat rasa Farah sedih masa snow tuuu...ada few gambar je bertukar kan ni...hmmm...Niagara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih sangat kak Sally. Sampai sekarang rasa terkilan sangat-sangat. Yup! Tukar gambar sikit.

      Delete
    2. hmmm...takpe....there's always next time kan...insyaAllah..hihihi...and you got it already :D

      Delete
    3. Itulah. At least dapat juga. Tak sabar nak pergi sekali lagi summer nanti. Insya Allah :)

      Delete
  15. Bestnya Farah dah 2 kali dapat pergi. Nyaman dan sejuk rasa sampai sini.hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak sebab Niagara Falls ni memang antara salah satu benda dalam wish list saya :)

      Delete
  16. Replies
    1. Insya Allah boleh punya, kak SS! :)

      Delete
  17. one of my wishlist jugak.. kalo sebut wishlist mmg berduyun2 tp nak smpai to this region memang entahlah bila kekeke.. tunggu kawen mamat mata ijau made in canada la kot.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot kot memang jodoh dengan mamat mata hijau. Lepas tu, terus menetap dekat sini. haha!

      Delete
    2. hurm xtau nak aminkan ke tidak doa tu Farah.. seram pun ado ahaha..

      Delete
    3. Kenapa pula nak seram> Bukan exciting ke? hihi

      Delete
  18. waaah.. parents Farah nak pergi sana.. ehem ehem bestnya kalo dapat ekot..
    angan2 tu kemain lagi nak nempek kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kalau ada rezeki lebih, diaorang nak datang sini masa bulan 6 nanti.

      Delete
    2. hurm skarang menabung utk kemana pun akak tatau.. i dun have any destination yet in mind ehehe..

      Delete
    3. Just go wherever you heart wants to go :)

      Delete
  19. bila lah turn kita nak pi melawat sis huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepatlah kalau nak melawat. Orang dah nak habis belajar dah ni. Insya Allah.

      Delete
  20. Subhannalah. So beautiful! Wanted to here too one day insya Allah ;)

    ReplyDelete
  21. subhanallah cantiknya tempat ni hanya mampu tgk gambar je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, one fine day, kak JM :D

      Delete
  22. Insyallah dalam pertengahan Julai saya akan ke Canada. Sekarang ni tengah tunggu passport dari Singapore. Tahun lepas apply visa tak lepas, tahun ni Allah bagi jugak hajat nak ke sana. Tapi saya nak ke Prince Edward Island. Harap2 dapat la lawat Niagra Fall ni sekali sebab dah alang2 ke Canada. Tapi katanya mahal. Travel sorang plak tu. Inshallah... hope everything's gonna be okay.

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...