BeaverTails Pastry | Doodles of Life

Saturday, October 03, 2015

BeaverTails Pastry

Kali ni saya nak buat review pasal one of the must-eat desserts in Canada (in my honest opinion). Serious, kalau awak datang Canada, dan kalau awak tak diabetic, awak kena cuba benda ni. 

BeaverTails @ BeaverTails Pastry.

BeaverTails ni merupakan whole-wheat pastry or dessert yang menyerupai ekor beaver. Sila google beaver kalau nak tahu rupa beaver ni macam mana, please. Sangat-sangat sedap dan sangat-sangat manis. Sejujurnya, saya memang tak menggalakkan orang yang diabetic untuk cuba BeaverTails ni sebab BeaverTails ni memang manis sangat! *cuba kira berapa kali dah saya cakap BeaverTails ni manis sangat*

BeaverTails Pastry, Banff, Alberta, Canada
BeaverTails Pastry Banff, Alberta, Canada

Lokasi BeaverTails Pastry ni memang sangat limited. Tiada di semua tempat di Canada tapi, insya Allah boleh jumpa dekat tempat tumpuan pelancong. BeaverTails Pastry tiada di Guelph sebab tu setiap kali saya pergi tempat yang ada BeaverTails Pastry, saya akan beli BeaverTails. Setakat ni tempat yang saya pernah pergi dan ada BeaverTails Pastry ni ialah Banff, Niagara Falls, dan Blue Mountain.

Coco Vanilla BeaverTails @ BeaverTails Pastry
Coco Vanilla BeaverTails
CAD 6.62 (tax excluded)

BeaverTails ni ada 9 flavours yang berbeza. 9 flavours itu ialah Cinnamon & Sugar; Chocolate Hazelnut; Maple; Apple Cinnamon; Avalanche; Triple Trip; Coco Vanilla; Banana Chocolate; dan Killaloe Sunrise. Kalau tak silap saya, boleh juga kalau nak customized flavour untuk BeaverTails ni. 

Setiap flavours mempunyai harga yang berbeza-beza. Macam yang saya selalu makan; Coco Vanilla BeaverTails ni harga dia CAD 6.62 (tax excluded). Yes, it is a lil bit expensive but I do not mind to pay extra sebab bukan selalu jumpa BeaverTails ni. Please do not convert the currency kalau nak makan. 

Banana Chocolate BeaverTails
CAD 6.62 (tax excluded)

Yang Banana Chocolate BeaverTails ni Amanda punya. Saya tak tahu rasa dia macam mana sebab saya tak cuba. Takut muak dan tak dapat habiskan saya punya BeaverTails. Rational Amanda pilih Banana Chocolate ni ialah Banana Chocolate ni macam yang paling sihat antara BeaverTails yang ada. Sebabnya dia kata ada pisang. So that pisang boleh offset segala benda yang buat BeaverTails ni tak sihat. I laughed so hard at her reasoning, okay!

All in all, awak mesti cuba BeaverTails ni kalau awak ada peluang datang ke Canada. Kalau yang on diet tu pun kena cuba juga. It is worth a try! Tapi, kalau diabetic, janganlah ya.

Protip: If you are not used to a big portion, you can share this BeaverTails with other people because this BeaverTails is huge! Even I struggled to finish my BeaverTails.

p.s: I'll announce the 10 lucky winners of Postcards Giveaway by Doodles of Life on Thanksgiving weekend. Insya Allah.

54 comments:

  1. Menarik rupanya! Orang diabetes kalau nak makan, kena cicip2 hujung2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan hujung-hujung je, rasa tepung je la. hihi.

      Delete
    2. Janji rasa,...daripada lepas makan comatose terlebih gula...tak ke naya hihihih

      Delete
    3. Hihihihi. Kelakar pula bila fikir.

      Delete
  2. Kalau nak customize flavour, boleh ke agaknya kita minta yg version less sugar? Akak kalau bab manis sweet melampau ni akak tak pandai enjoy sangat. Rasa guiltyla kononnya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah..boleh makan, tapi tak suka manis sangat. but I'll definitely give it a try!

      Delete
    2. Rasanya macam boleh. Kebanyakan makanan dekat Canada ni, kita boleh suruh diaorang adjust to dietary kita. Almaklumlah, orang kat sini banyak sangat allergy nya. So, diaorang lagi concern dan tak kisah kalau kita banyak cekadak sangat.

      Delete
    3. Kak Sal, saya suka benda manis tapi BeaverTails ni memang manis sangat bagi saya yang suka benda manis ni. Kalau ada peluang nak cuba, memang kena minta kurang manis la.

      Delete
    4. Bagus ye macam tu,...kat Malaysia ni, minta kurang ais, kurang gula pun kadang2 extra charge....

      Delete
    5. What? Kena extra charge kalau minta kurang? Situasi apakah ini?

      Delete
  3. Dalam malay memerang kan???? Specis ni sama mcm memerang kat negara kita ke?? hihihihih..

    Nampak best... Importlah sini sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sampai sini basi dah ikhwan..

      Delete
    2. Ikhwan, sejujurnya saya memang tak tahu beaver ni apa dalam BM. Tapi bila saya google, Google kata beaver ni memerang. Tapi, beaver ni tak sama macam memerang dekat negara kita pun. Memerang yang dekat negara kita tu namana otter.

      Kalau boleh import, mahu jugalah bawa balik bagi orang Malaysia rasa. hihihihi. Tapi, tak eloklah bila dah sampai Malaysia nanti. Macam kak Sal kata, basilah nanti. Lagipun, BeaverTails ni sedap makan panas-panas.

      Delete
  4. besarnya size dia, msti puas makan ni! takpe kalau bayar lebih sikit, utk merasa sekali sekala je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan takat puas, rasa muak sikit pun ada bila makan. Betul! Betul! Betul! Bukan selalu. Akak makan BeaverTails setahun sekali je.

      Delete
  5. unik nama dia..terbayang plak beaver dalam citer Narnia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Narnia ada beaver ke? Tak perasan. Nanti nak tengok Narnia balik!

      Delete
  6. thanks share Farah..nak ke sana tak tau bila, so dengar cerita jelah. but who knows, one fine day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah ada rezeki boleh sampai, kak Sal. Aussie tu boleh jejak, Canada pun insya Allah boleh punya. Canada lagi murah daripada Aussie. Cuma tiket kapal terbang jelah mahal gila.

      Delete
  7. Bila dengar BeaverTails macam apahal letak nama kedai macam tu...macam pelik je.
    Bila nampak makanannya barulah, ooooo...rupanya!
    Tengok gambar dah tau sedap. Makan apatah lagi...Hik hik hik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cEro. Masa saya tulis entri ni teringat dekat cEro sebab cEro orang pertama yang tanya pasal beaver dekat post Edith Cavell tu.

      Memang macam dah agak dah cEro akan rasa curious. hehe.As I replied before, saya tak pernah tengok beaver tapi saya dah pernah makan dessert yang ala-ala beaver punya ekor :p

      Delete
  8. hahaha. I laughed too for the banana reasoning. :D sama macam letak strawberries banyak2 atas kek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Tapi banana tu ada beberapa keping je. Takkan dapat offset benda-benda yang membuatkan BeaverTails ni kurang sihat.

      Delete
  9. Wow! So delicious. Bila la dapat jejak kaki kat Canada. Huhuhu

    ReplyDelete
  10. Salam ukhuwah dan salam singgah dari BUNDA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab menyinggah :)

      Delete
  11. ya Allah..terliur sangat-sangat..
    Tapi kena pi kanada baru dapat, adoiii XD

    ReplyDelete
  12. suka makanan manis2 ni.. tapi klu banyak sgt muak plak.. tapi memang menariklah makanan ni! nak kena g canada ni.. hhehe.. ntah bila ntaH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah one fine day mana tahu boleh sampai ke sini :)

      Delete
  13. sedapnyaaa farah !! okay nampaknya sesaja nk liurkan kak nina ni. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, kak Nina! Kak Nina lagi selalu buat saya rasa terliur dengan post pasal makanan.

      Delete
  14. dia punya kedai pun dah cantikkk ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni, semua BeaverTails yang pernah pergi memang kedai dia cantik :)

      Delete
  15. Waaaaa bestnya.... Nampak sedappp.. Tapi selalu sangat Kak Farah ulang perkataan manis manis manis tuu. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab memang manis sangat, Elina.

      Delete
  16. ok, I'm smiling on that story of pisang itu.. make sense jugaklah, hahaha.. look luscious.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa tak make sense. Sebab tu rasa macam kelakar. hahaha.

      Delete
  17. I is sukaa benda benda manis macam ni. Tapi jauh sangat dekat Canada. Heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita tapi BeaverTails ni memang manis sangat >.<

      Delete
  18. looks yummy to me...hehehe....sesekali offset diet kira ok la...

    ReplyDelete
  19. IbuNoey tak berapa makan sangat kalau makanan manis terutama kalau manis sangat.tapi bila tengok macam sedap je,terliur gak nak rasa.tapi nun jauh di Canada.aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang tak suka makanan manis sangat, memang takkan gemar dengan BeaverTails ni. Tapi, bagi saya memang sedaplah :)

      Delete
  20. hahahaha.. memang tak mahulah convert harga ke malaysia kalau dah kata jangan. tapi memang nampak besarlah. kita kalau makanan tu besar and ramai kata sedap, duit x jadi masalah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar. Jenuh juga nak habiskan BeaverTails ni. Betul tu Amy. Saya pun jenis yang tak kisah bayar lebih untuk makanan. Janji sedap.

      Delete
  21. and i wont even berkira to spend my money on food ahahaha.. akak kalo boleh makan semua benda kat tempat
    orang akak nak try.. recent trip mmg banyak jugak habis on food.. alalala.. pueh hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak Siti! Tak kisah belanja banyak dekat makanan. Tak sabar nak baca apa yang akak makan dekat Aussie tu.

      Delete
  22. Waaa.. akan di masukan dlm bucket list siap sedia utk ke Canada ntah bile hahahaha.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah sampai la satu hari nanti. Ni dah banyak jejak kaki ke negara-negara lain kan.

      Delete
  23. hihihi...masyukkk la kalau dapat makan benda ni...masyukk tu utk perut bukan poket..hahahaha...dia sejenis roti ke pastri ke waffle eh? means dia punya tekstur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah nak describe macam mana kak. Tekstur luar dia tu macam donut yang rangup kot. Nanti kalau saya reti nak explain, saya reply sekali lagi.

      Delete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...