Banff Trip 1.0 | Sulphur Mountain | Doodles of Life

Tuesday, October 27, 2015

Banff Trip 1.0 | Sulphur Mountain

Sulphur Mountain is one of main highlights of my Banff Trip. Why you ask? Simply because of the experience and the view. Some of you had a glimpse of Sulphur Mountain from my previous posts: Selamat Hari Raya and Two More Nights. So, here is the fully story behind those pictures that I uploaded. Sila bertabah sebab post ni panjang dan penuh dengan gambar (errrr yay!?)

Sulphur Mountain

After we went to Cave and Basin National Historic Site, we headed out to Sulphur Mountain. It was still raining when we arrived at Banff Gondola / the starting point of Sulphur Mountain. We were so close to cancel our plan to hike the Sulphur Mountain because of the rain.

Okaylah, sebenarnya, sayalah yang hampir-hampir tak nak naik Sulphur Mountain ni sebab hujan. Amanda dia nak redah je. Dia memang nak hike Sulphur Mountain ni. Saya cakap dengan dia, kalau dah sampai dekat Banff Gondola dan hujan masih turun, saya tak nak hike Sulphur Mountain. Saya nak naik Banff Gondola je. Yalah, saya ni dahlah tak fit nak hike gunung bagai, lagilah bila trail tu slippery. I was very concerned about my safety, okay. It is very expensive to be sick in Canada.

Sulphur Mountain

Tapi, pasal hujan masa tu dah renyai-renyai, lepas tu Amanda asyik push je suruh hike, maka kami pun hiked la Sulphur Mountain tu. Kalau awak tertanya-tanya mana datang idea nak hike ni, meh saya beritahu. Bila awak tinggal dekat National Park dekat Canada dan dikelilingi gunung-ganang, awak memang dijangka untuk buat outdoor activities. Jadi, untuk memenuhi expectation itu, maka kami dakilah Sulphur Mountain tu.

Just kidding! hehe. We hiked the Sulphur Mountain because we wanted to save our money! We did not want to buy Banff Gondola tickets. The ticket price is quite steep. We hiked up the Sulphur Mountain but we went down by Banff Gondola for free!

Banff Gondola at Sulphur Mountain
Banff Gondola

Kenapa pula boleh free ni?

Kalau awak hike Sulphur Mountain dan turun lepas pukul 6 petang, awak boleh naik Banff Gondola for free! Kami start hiking dalam pukul 3 lebih nak dekat-dekat pukul 4, dan turun dalam pukul 7 lebih. So, dapatlah turun free. Dapatlah merasa naik Banff Gondola ni. Yay for free stuff! haha. *Things I do for free stuff*

Squirrel at the SUlphur Mountain
Squirrel

Trail yang kami guna untuk sampai ke atas ni namanya Sulphur Mountain Trail. Trailnya 5.5km je tapi elevation gain dia 655m. It is considered as an easy trail. Hiking time pula depends kepada kecergasan seseorang tu. Kalau baca website atau blogs yang ada, range masa tu antara 2-3 jam. Ada juga yang ambil masa 1 1/2 jam. 

Saya yang tak fit ni, ambillah masa dalam 2 jam. Sampai dekat atas dalam pukul 6. The hiking view macam tak berapa cantik kalau compare dengan hiking view dekat Jasper. Tapi, takpe sebab lain tempat lain view la kan. (I'm using the word 'cantik' loosely here, ya)

Squirrel at the Sulphur Mountain
More squirrel

Hiking view dia macam quite restricted. Bila hike, tak nampak gunung-ganang sekeliling. Cuma beberapa tempat sahaja yang ada view yang umphhh! Masa hiking ni, macam biasalah. Saya hampir hampir tergelincir sebab tanah licin kan. Lepas tu kena asyik berhenti je sebab tak larat.

Oh, ada satu cerita kelakar masa sebelum kami start hiking. Masa sampai dekat starting point hiking trail ni, saya pandang Amanda, Amanda pandang saya. Kami saling pandang-memandang for good 10 minutes. Sebabnya masa tu dua-dua tak sure betul ke nak daki sebab the starting point trail ni sangat-sangat curam. Dahlah curam, licin pula masa tu kan. Terus rasa cuak. Nak hike sampai atas tapi tak nak mati. Nak hidup! Dramatik sangat masa tu.

View of The Fairmont Banff Springs from Sulphur Mountain
View of The Fairmont Banff Springs from Sulphur Mountain

Masa mendaki ni, Amanda dekat depan, saya dekat belakang. Sebabnya saya ni memang slow sangat. Lagipun Amanda memang nak cepat sampai atas sebab dia asyik kena gigit nyamuk. Kami tak bawa bugs spray. So, paksa rela sedekah darah dekat nyamuk masa mendaki tu.

Hiking tips: Jangan asyik nak merungut je masa mendaki. Nanti asyik rasa negative sahaja. Jauhkan diri juga daripada orang yang selalu merungut supaya mood awak tidak affected dengan segala negativity itu. Just enjoy the moment.

Sulphur Mountain

Masa mendaki berpeluh bagai walaupun hujan. Sebab humid. Rasa macam dekat Malaysia sikit. Tapi, bila sampai atas, pehhhh, rasa sejuk balik. Peluh terus kering dalam masa 5 minit. Sarung balik jacket yang tak berapa nak tebal yang dibawa masa tu.

Masa sampai atas tu, terus rasa, "Ya Allah, I made it! I made it!". I can't believe myself okay. Seorang Farah yang tak fit, yang consider dirinya sebagai manusia indoor, dan couch potato ni berjaya sampai ke puncak Sulphur Mountain. Rasa nak menangis pun ya juga masa tu.

Sulphur Mountain

Kalau nak tahu, Sulphur Mountain ni gunung pertama yang saya hike for that summer. Saya tak sempat hike mana-mana gunung pun dekat Jasper masa tu. Masa tu rasa macam amboi sangat sebab dekat Jasper takde pula nak hike mana-mana gunung. Busy kononnya! Sekali terus hike gunung dekat Banff ni ha.

Sampai-sampai dekat atas ni, terus rasa "Subhanallah, subhanallah, subhanallah, cantik sangat-sangat!". The view was so spectacular! Terus rasa hilang penat mendaki selama 2 jam tu bila tengok view dekat atas tu. I cannot believe my eyes. Rasa macam tengok painting yang cantik sangat.

Sulphur Mountain

View dekat atas ni berubah-ubah mengikut tempat. Ada setengah view nampak gloomy sebab tengah hujan macam gambar dekat atas ni. Ada setengah view nampak terang dan happy sebab ada sunshine. Ada setengah view tengah berkabus sebab sejuk sangat.

Kebanyakan view memang akan nampak gunung-ganang. Tapi, ada juga view yang awak boleh nampak Town of Banff dan juga sungai-sungai dan tasik-tasik yang berdekatan.

Sulphur Mountain

Elok je saya sampai kat atas, saya dapat panggilan dari Malaysia. Ayah called me because it was the first day of Eid! Elok je timing masa tu. Tapi, saya tak dapat jawab panggilan tu lama-lama sebab saya tengah mengah. Thankfully, Ayah understood my situation.

Kata Ayah, "Macam tak percaya anak Ayah yang seorang ni boleh daki gunung. Dekat Malaysia, jangan kata nak daki gunung, nak keluar rumah ke pintu gate tu pun tak nak. Hahahahaha." Senyum dan gelak sahajalah sebab memang betul pun.

Sulphur Mountain

We only spent an hour and half at the top if I am not mistaken. We were thinking to stay longer but both of us were so hungry. The last meal that we had was BeaverTails. The weather also was getting colder. Tak tahan sejuk dah masa tu. So, we went back to our hotel around 7:30ish.

Sulphur Mountain

Overall, memang sangat-sangat berpuas hati dapat jejakkan kaki ke Sulphur Mountain ni. Pemandangan dekat atas memang superb sangat, subhanallah. Gambar-gambar yang saya uploaded dekat posts ni tak dapat justifikasikan kecantikan sebenar pemandangan sekeliling ni.

Sebenarnya, saya ada lagi gambar view dari angles lain tapi tak dan nak upload lah sebab semua ada gambar saya. I told you, I'll try not to upload my pictures for the rest of my Banff trip post. Harap berpuas hati dengan gambar-gambar yang ada ini. Moga rasa cantik yang saya rasa tu sampai juga dekat awak semua. Insya Allah.

61 comments:

  1. Akak suka betullah datang sini. Mesti dijamu dengan gambar2 yang super cantik! One day akak kena duduk baca balik trip banff ni dari mula. Rasanya ada yang missed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni yang cantik, kak Farrah. Saya mana pandai tangkap gambar sangat sebenarnya. Ini pun macam lebih kepada nasib dan edit je lebih. hahaha.

      Delete
    2. kalau tempat tu cantik, pakai kamera cap ayam pun nampak cantik..hehe

      Delete
    3. Betul tu kak Sal. Setuju sangat!

      Delete
    4. Hehehe tak jugak. Dapat tangan hikmat akak ni, tangkap gambar tempat cantik dgn kamera baik,...hasil lagi parah daripada guna kamera cap ayam huhuhu

      Delete
    5. Mungkin tak macam tu kot, kak Farrah :)

      Delete
  2. Ya Allah, awat comel sangat tupai-tupai tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel sangat, kak Farrah! Geram sangat tengok.

      Delete
  3. Subhanallah ! cantikkk sangat pemandangan tempat tu ! pandai nyaa tangkap gambar pemandangan and that cute squirrel ! :'D how i wish i could be there too .. huhu .. maybe one day inshaAllah .. :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banff ni memang cantik sangat! :)

      Saya tak pandai mana pun tangkap gambar.

      Delete
  4. nasib baik dpt naik cable car free masa balik tu kan hihi
    lawaaa sangat! rasa penat mendaki gunung tu hilang terus lps dpt tengok pemandangan yg lawa camni :D
    nice la kak farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nasib sangat lah. Kalau tak, mahu menangis. Tak larat dah nak turun ke bawah. Kaki dah macam jelly je masa tu.

      Delete
  5. Gambar-gambar ni dah macam tahap wallpaper tampal dekat dinding dah ni,
    lawa sangat permandangannya.

    Tupai tu yang paling win!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan sini memang lawa-lawa. Rasa macam nak menangis je bila tengok dengan mata sendiri.

      Delete
  6. chantek gmbr2 semua., tupai pon jinak yee ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tupai tu tak jinak pun sebenarnya. hehe :p

      Delete
    2. tupai liar tu wak..kalau dekat-dekat dia gigit kang..haha

      Delete
    3. Dia liar tapi macam jonak. Macam mana tu? ahaha

      Delete
  7. ooo.. dia beraya kat sini rupanya.. dulu ada byk sulphur ke kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaaa, beraya dekat sini tahun ni. hehe. Rasanya, takde sulphur dekat sini. Tak tahu kenapa nama dia Sulphur Mountain.

      Delete
  8. amazingnya view diaaa,,the squirrel comel,untung dpt tengok real life,,,bau sulfur kuat x kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde bau sulphur pun sebab rasanya takde sulphur pun dekat sini.

      Delete
  9. congratulation sebab dapat overcome negative thinking tu! hihihi...

    okay, malas nak komen scenery...sbb mmg spectacular!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak overcome negative thinking tu nanti rasa rugilah, kak Sally :)

      Delete
    2. mana tau...ada jenis org dia nak yg current condition je best..hihi..takut nak keluar dr safety zone dia

      Delete
    3. Agreed! Rugi sangat kalau orang tak cuba keluar dari safety zone :)

      Delete
    4. I will never do that..sekali sekala kot jd gila-gila sikit..ape ada hal.. :P

      Delete
    5. Kalau selalu pun apa salahnya, kak Sally? :)

      Delete
  10. Woahhh. Perasaan bila naik atas tu kan rasa macam pheww gila. Bangga gila dengan diri sndiri. haha.

    Tahniah dikk! More to come?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Tak tahulah kak Scha. Dekat Guelph ni takde gunung. Selalunya semangat mendaki ni cuma datang bila saya tinggal dekat Rockies je.

      Delete
  11. Ya Allah cantik sangat2 view dari gunung ni-kalau akk yang kat situ..hrmm..rasa mcm nak buat rumah kat kaki gunung situ - kihkih ( nak puas kan hati ).. ni baru gambar je..yg live..mesti lebih lagi kan dik? segala puji hanya padaNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahulah buat rumah dekat kaki gunung. Bahaya. hehehe.

      Memang. Subhanallah. Kita akan rasa kerdil sangat-sangat.

      Delete
  12. squirrel tu comel... hhihhiih... Bila dah sampai puncak tu confirm penat tu hilang kan tgk view dari atas... Kenapa nama mount ni sulphur ea??? Chemistry sangat nama tu.. hihihihihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hilang penat bila dah sampai atas tu. Tak tahu kenapa nama gunung Sulphur Mountain ni Sulphur.

      Delete
  13. farah!!!! tgok da SWP episode 13???? comel giler cik abg yg awk suke tuh bila pakai spect.... tgok la, da kuar yg ad sub!!!!! hihihi *excited*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok dah! Siwon handsome but I hope he's gonna shave his beard soon.

      Delete
    2. Agree with Farah. :D He looks better without beard :)

      Delete
    3. Yes, he looks way better without his beard! :D

      Delete
  14. Kalau Farah 2 jam, kak Sal 4 jam kot..I'm far beyond fit walaupun kurus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kot, kak Sal. Mungkin lagi cepat dari saya.

      Delete
    2. Akak toksah citerlah, mungkin sehari semalam. Penat,..banyak pit stop ;)

      Delete
    3. Rasanya agak mustahil daki sehari semalam, kak. Paling-paling pun setengah hari kot :)

      Delete
  15. tupai tu bawak balik malaysia je lah, pos laju kat farah, okay? xD

    ReplyDelete
  16. Pernah jugak turun gunung naik cable car :) hehe tapi tak free lah, cuaca tiba2 tak elok masa tu, mcm 'ribut salji'. Bila dah makin gelap, jom la cepat turun. Haha.

    Anyway, I agree that we should not feel negative when hiking. It is true that people loved to go hiking especially when we feel down. But, to have the same feeling through out the journey, is not worth the energy we spent. Hiking is a challenge. Face the challenge with peace in mind (ideally.... ) :D hehe inside thought.

    Ahhh, rindu nya baca blog Farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuaca buruk, kena bayar pun takpe kalau nak turun gunung tu. Safety is more important than money, anyway :)

      Betul-betul! Setuju sangat. It's not worth it to go hiking and be so negative about it :)

      Delete
  17. subhanallah, spectacular view!

    ReplyDelete
  18. Kalau saya laa Kak Farah.. Saya nangis jer terus.. Nangis penat + nangis sebak. Haha

    Nie baru gambar... Dah cantik macam tuu... Belum lagi tengok live.. Ya Allah... Bestnya T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk satu lagi. Setuju part orang2 negatif tuu... Bukan jer masa hiking kena jauhkan diri daripada orang macam nie. Memang 24 jam kena jauh.. Haha :P

      Delete
    2. The view dekat sini memang unreal. I can't stress it enough :)

      Betul tu Elina. Setuju sangat.

      Delete
  19. kak nina suka juga hiking dan kalau hike dgn org negative kita pon akan feel the same way.. mula rasa malas nak sampai ke puncak. sangat2 cantik view gunung ganang yg ada kt canada. faham sgt perasaan farah bila dh smpai kt atas. kagum ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nina suka hiking? Tabiklah! Saya pula tak suka outdoor activities. Tapi, bila dah duduk dan datang ke tempat cantik macam ni, rasa rugilah kalau tak pergi hiking :)

      Delete
    2. Betullll. Si Nina ni suka outdoor activities. Dia adventurous sikit. Kan Nina kan? :)

      Delete
    3. Oh ya ke? Saya tak tahu pula kak Nina ni suka outdoor activities.

      Delete
  20. Banff? terus google lokasi sbb pertama kali dgr ;p

    ReplyDelete
  21. Rasa cantik tu masuk terus dalam hati, kak Farah :D

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...