Banff Trip 1.0 | Cave and Basin National Historic Site | Doodles of Life

Saturday, October 24, 2015

Banff Trip 1.0 | Cave and Basin National Historic Site

Amanda claimed herself to be a big fan of history and ancient things. That's why she put Cave and Basin National Historic Site in our itinerary. Ceh ceh ceh, itinerary konon. Walhal main pergi mana yang sempat je. haha!

We went to Cave and Basin National Historic Site on our second day. Jujurnya, saya memang tak tahu ada apa pun dekat sini. Memang main ikut je. Tengok gambar dekat website macam cantik. Itu yang gigih nak pergi juga tu. Kalau boleh nak pergi tempat cantik je.

View around Cave and Basin National Historic Site
Gloomy view from Cave and Basin National Historic Site

The entrance fee to Cave and Basin National Historic Site is CAD 3.90 (tax excluded). Entrance fee tu cuma buat cukup syarat je supaya Parks Canada ada funds untuk support services and facilities yang ada.

Menurut Wikipedia dan juga information board yang saya baca Cave and Basin National Historic Site ni merupakan tempat lahir National Park System in Canada. So, automatically, Banff National Park ni merupakan National Park pertama di Canada. Tapi, dulu nama Banff National Park ni bukanlah Banff National Park. Ada nama lain. Tapi, saya tak pasti. Untuk maklmumat lebih lanjut, boleh google sendiri.

Cave and Basin National Historic Site
The Basin

Sebenarnyalah, saya tak berminat sangat dengan Cave and Basin National Historic Site ni sebab rasa macam takde apa-apa melainkan Cave and Basin tu. Mungkin juga pasal masa saya pergi tu hujan, aktiviti-aktiviti dekat Cave and Basin National Historic Site ni tak dapat dijalankan.

Masa awal-awal sampai, saya tertanya-tanyalah apa benda yang saya patut nampak dan lihat dekat Cave and Basin National Historic Site ni. Rupa-rupanya, I literally should see The Cave and The Basin. Tapi, ada jugalah benda lain macam gallery yang tunjuk segala sejarah National Park in Canada ni.

Thermal mineral springs
Thermal mineral springs

Selain itu, akan nampak natural thermal mineral springs. Rasanya ini kali pertama saya dapat tengok thermal mineral springs. Memang agak berbahang ya thermal mineral springs kat situ sebab boleh berpeluh masa berdiri dekat-dekat thermal mineral springs tu walaupun masa tu tengah hujan.

Sebelum awak tanya, mari saya tolong jawabkan. Thermal mineral springs dekat Cave and Basin National Historic Site ni tak boleh mandi ya. Nama pun historic site ya. Dah tu empahize on The Cave and The Basin je. Bukan thermal mineral springs. Tapi, information borad dekat situ ada mentioned yang this terminal springs ni ada therapeutic value. Different parts of the mineral springs can heal different things. Wallahualam. Tapi, saya tak tahulah boleh cuba ke tak.

Thermal mineral springs
Thermal mineral springs

Fun fact! Mineral springs dekat sini merupakan habitat kepada Banff Springs Snail yang berukuran 3mm-5mm. Kecil je kan? Banff Springs Snail is considered as one of endangered species in Canada.

Back to the natural thermal mineral springs. Selain berbahang, thermal mineral springs tu juga ada bau yang agak aneh sedikit. Bau yang agak aneh tu memang tak sedap dihidu. Memang saya asyik tahan nafas masa saya jalan-jalan tengok thermal mineral springs ni. Ada sesiapa tahu kena thermal mineral springs ada bau yang aneh dan kenapa thermal mineral springs ni rupa dia macam dekat gambar-gambar di atas? Adakah bau itu bau minerals yang terkandung dalam air tu? *Ini soalan yang memerlukan jawapan*

The Cave

Lepas jalan-jalan di luar, kami masuk ke dalam untuk lihat The Cave and the information gallery. The Cave ni sangat-sangat kecil je. Bila masuk dalam rasa macam, "Eh, ini je ke Cave nya?" Tapi, nasib baiklah juga The Cave ni cantik. The Cave ni pun ada bau yang agak aneh tu juga.

Cave and Basin National Historic Site
The Cave

Sekejap je dekat dalam The Cave ni sebab rasa sesak dengan bau yang agak aneh tu. Lepas tu, kami pun pergi information gallery tu. Dalam tu pun sekejap je sebab saya tak berapa minat sejarah kan. hehe. Tapi dekat information gallery tu macam cool la sebab diaraong ada skrin besar gila masa tunjuk video sejarah penubuhan National Park in Canada. Rasa macam awwww sangat.

33 comments:

  1. wow seronoknya masuk cave! lawa pulak tu. hehe tahan jelah dgn bau busuk tu eh :p

    ReplyDelete
  2. Agak nya... tu lh rupa kawasan tadahan mineral water kt canada.... kih kihkih .. yer ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah kak. Tak pernah dengar pula kawasan tadahan mineral water dekat sini.

      Delete
    2. aiyo, kalau air mineral ada bau tak nak plak orang minum..hihi

      Delete
  3. ingtkan ais tadi thermal mineral tu.. rupanya pana.... kelawar takde ke dlm cave tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ais la. Sebab thermal = heat kan? Ke tak eh?
      Tiada kelawar dalam cave ni.

      Delete
    2. baru nak tanya tadi..kalau kat Malaysia ni, bau busuk dalam gua tu bau taik kelawar

      Delete
    3. Saya rasa bau busuk tu bau mineral tu kot.

      Delete
  4. "Eh, ini je ke Cave nya?"
    Hahaha...tahu tak nak jadi satu cave yg ruang tak berapa nak besar tu amik masa beribu-ribu tahun?
    Hehehe...Kanada mmg banyak tempat utk nature visit, rasanya peminat nature mesti gila gembira kalau dapat bercuti kat sana, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya. Saya ni ignorant sikit kadang-kadang. Memang tak terfikir pun yang cave tu ambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. hehe.

      Setuju! Dekat sini memang banyak tempat-tempat nature. Tapi yang famous memang macam Rockies je. Kalau minat benda-benda lain pun, insya Allah boleh datang Canada juga tapi kena pergi bahagian lainlah sebab Canada ni besar kan.

      Delete
  5. OMGGGG BEEN THERE. Gosh how I miss Canada so much. You should go to Lake Louise, need a bit of hiking but the scenery is worth it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa best laa dah sampai Canada... Hikhik - KTC

      Delete
    2. Hi tenkgusakinah. I assume you used to live in Canada? I went to Lake Louise once and totally agreed with you! The scenery is totally worth the hiking :)

      Delete
  6. Lawo jugak the cave gambo last tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal terpedaya dengan gambar cave yang last tu la, saya pergi juga Cave and Basin ni.

      Delete
  7. Hujan2 pun berpeluh? OMG.. Btw... Nice gillew view... Tapi nampak macam seram pun hado jugak... Tambah lak ngan bau bauan yang aneh. Hahaha Best laa dapat pengalaman macam nie kan kak Farah ^^ - KTC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluh la. Humid kan. Tak seram pun tempat ni sebab ramai orang. Takde perasaan misteri ke apa ke langsung.

      Delete
  8. wah cantiknya. subhanALLAH. memang untung dapat dekat dgn nature nie. teringin nak gi cave jugak. mana nak carik cave nie? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Sarawak sana banyak cave kan? :)

      Delete
  9. bau mineral lah tu..probably sulfur? tekaan rambang..my geology knowledge bukannya bagus sangat..haha.anyway, nice place!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah kak Sal. Saya ni lagilah ada zero knowledge pasal benda ni.

      Delete
  10. cantik kot cave tu...tapi kalau berbau mmg susah sikit la nak overcome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak Sally. Memang dok tahan nafas sahaja.

      Delete
  11. bau mineral dr bumi memang aneh kot.. lebih kurang mcm mandi hotsprings . cave lawa betol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mandi hotsprings ada bau ke? Saya tak pernah tahu. Dekat Banff ni ada hotsprings juga, cuma saya tak berpeluang nak pergi.

      Delete
  12. Banff Springs Snail yang berukuran 3mm-5mm? keciknya mau perlu guna kanta kalau nk tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kecil sangat, kak JM. Saya tak rasa saya boleh nampak dengan mata saya.

      Delete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...