One Day Three Falls: Athabasca Falls | Doodles of Life

Monday, September 21, 2015

One Day Three Falls: Athabasca Falls

Read One Day Three Falls: Stanley Falls and One Day Three Falls: Sunwapta Falls.

Athabasca Falls is arguably the most famous waterfalls in Jasper National Park. Ramai sangat-sangat manusia yang akan datang melawat Athabasca Falls ni. Most of postcards yang related to Jasper National Park pun akan ada gambar Athabasca Falls ni.

One Day Three Falls: Athabasca Falls

Distance wise, Athabasca Falls ni paling dekat dengan hotel tempat saya kerja. Tapi, kami selalu pergi Athabasca Falls last sekali. Sebab kalau pergi masa tengah hari, masya Allah orangnya ramai sangat-sangat! You'll have not space to take pictures pun.

Masa first time saya joined this trip, saya paling suka Athabasca Falls ni. Sebab Athabasca Falls cantik sangat-sangat. And it is well developed for tourists. Mungkin masa tu saya rasa macam tourist, that's why saya suka sangat-sangat Athabasca Falls ni. But this time around, saya lagi suka Stanley Falls. Mungkin sebab Stanley Falls lagi tenang dan tak ramai orang. Dan mungkin juga sebab saya dah acah-acah rasa macam local. hahahaha!

One Day Three Falls: Athabasca Falls

Disebabkan masa ni kami semua dah penat sangat-sangat dan rasa mengantuk, kami tak berhenti lama pun dekat Athabasca Falls ni. Mungkin lebih kurang 1 jam je. Tangkap gambar dekat atas, tangkap gambar dekat tengah-tengah, then lari-lari pergi bawah, tangkap gambar. That's it.

Takde pun ambil masa nak turun sampai ke bawah dekat Athabasca River. Masing-masing pun dah rengsa. Semua pun nak balik. Orang pun masa tu ramai sangat-sangat sampai saya rasa pening. Nasiblah saya dah pernah pergi Athabasca Falls ni. Kalau tak, mahu terkilan juga sebab tak dapat luangkan masa dekat sini.

One Day Three Falls: Athabasca Falls

And that's how I ended this day trip. No bears or anything. Semua pun membuta dalam bus masa on the way balik hotel. I felt so bad for Ron because he had to drive us back to the hotel. Orang lain sedap-sedap membuta, dia je yang berjaga sebab kena drive.

55 comments:

  1. amboi kemain susah nk menyebut namanya pon, last sekali sebut antabax falls jelah, kekekee :p
    cantiknyaaa, rasa sejuk tu meresap sampai ke sini rasa :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antabax Falls? lol!

      Athabasca Falls ni memang cantik sangat-sangat :D

      Delete
  2. haah la anthabasca falls paling cantik =) kan best kalau kat mesia ada air terjun macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kat Malaysia ada air terjun yang kira bersih juga kan.

      Delete
  3. Replies
    1. U should compile gambar2 ni dalam photobook la....cantik bangat!!!

      Delete
    2. Teringin juga nak buat tapi kena tunggu balik Malaysia dulu sebab photobook dekat Canada ni mahal sangat.

      Delete
    3. haah balik Malaysia nanti compile buat photobook. konfem maverles la Farah hehe

      Delete
    4. Insya Allah kalau ada duit lebih bolehlah buat ^_^

      Delete
    5. Beli kat groupon aje... Murah...

      Delete
  4. Ya Allah cantiknya!

    haha acah2 local tu best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik ya. Bab acah-acah local tu memang serious ya.

      Delete
  5. Subhanalllah. Cantik. Jasper ni cantik sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Scha, Jasper memang cantik sangat-sangat!

      Delete
  6. MashaAllah cantiknyaaa. Nampak macam dalam gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini memang gambar pun kan. hihihi.

      Delete
    2. Kihkihkih tumpang gelak sikit,...Farah, kenapa tak selit gambar Farah kat waterfall barang sekeping dua ;)

      Delete
    3. Sebabnya, semua gambar saya orang yang tolong tangkapkan gambar tu ambil gambar masa saya belum ready. So, semuanya buruk dan tidak sesuai untuk dipaparkan di sini. hahahaha.

      Delete
  7. Memang cantik.
    Kalau berjalan penat daapt tengok pemandangan macam ni, memang berbaloi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dekat sini, kalau penat pun tak merungut banyak sebab pemandangan sekeliling cantik sangat-sangat!

      Delete
  8. Akak paling suka gambar yang pertama. Astounding!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situ memang spot paling famous orang tangkap gambar. Kebanyakan postcard yang berkaitan dengan Jasper akan ada gambar Athabasca Falls yang lebih kurang macam gambar yang saya tangkap ni.

      Delete
  9. Untung la boleh acah2 local dah...hehehe...btw, akak mmg suka air...bg la gmbr ape pun..mmg akak suka...masa g koya pun kalau ada laut je...mula la kwn2 akak stress nak ajak blk susah..hihi..

    Eh, mcm xde kaitan plak komen eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka gambar-gambar air ni. Lagi best kalau gambar pantai yang cantik.

      Delete
  10. selamat hari raya aidiladha Farah! hug from
    far! muahhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidil Adha, kak SS! Bear hug for you :)

      Delete
  11. Masya Allah. Rasa macam kat dalam tv je dapat tengok pemandangan camni v.v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat tengok dalam tv pun dah kira alhamdulillah dah :)

      Delete
  12. tenang je tengok pemandangan ni. bestnya kak farah selalu tengok pemandangan2 yg cantik gini. btw selamat hari raya aidiladha kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan pemandangan yang akak boleh tengok hari-hari. Pemandangan yang akak boleh tengok hari-hari masa akak dekat Jasper macam Lac Beauvert, Pyramid Mountain, Mount Edith Cavell, Old Man Mountain tu semua :)

      Selamat hari raya Aidil Adha, Mazni :)

      Delete
  13. Ya Allah. indahnya permandangan kat sana.. rasa nak gi sana skrg. wee ( ´∀`)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada peluang, marilah datang ke sini ^_^

      Delete
  14. ada possibility jumpa bears ka ? omooo omo...
    cantiklaaaa Farah.. memang streams kt tempat orang lawa2.. smeua laaa lawa..
    lalang pun lawa hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi bukan dekat Athabasca Falls tu la. Possibility nak jumpa bears tu ada bila kita on the way nak balik hotel or dekat mana-mana la.

      Betul tu kak Siti! Setuju sangat. Tak tahulah apa yang special tentang benda-benda dekat negara orang ni.

      Delete
    2. same goes when they come to Malaysia.. especially Penang..
      akak usually akan dngr mat salleh minah salleh cakap beaches kat Penang tu cantik..
      cosy enough nak berendam.. ceq tengok kotoq teruk hahaha.. celah mana cosy tatau..

      Delete
    3. Tak boleh nak komenlah kak. Belum sampai Penang lagi. Nanti bila saya dah sampai Penang, saya comment okay? hihihi :D

      Tapi, memang dekat tempat orang semua nampak cantik, dekat tempat sendiri tak rasa macam tu pun kan.

      Delete
    4. ehehe bila akak cakap penang tu bukan sbb penang lawa.. sebab akak dok sini so dengar orang cakap pasal penang je la kan.. kita jalan under the sun.. panas kipas2.. diorang.. owh great sunny day =_="
      ahaha ttb rasa.. eh aku kena bersyukur gak.

      ps : cepat balik n mai penang..

      Delete
    5. Saya memang takkan faham kalau orang cakap great sunny day kalau matahari tengah mencanak atas kepala. Even dekat sini pun saya tak dapat hadam lagi. Asyik-asyik nak berjemur je.

      Insya Allah, nanti balik :)

      Delete
  15. selain drpd gmbr air terjun, zizie suka tgk struktur tebing dia.. naturally beautiful :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka juga, Zizie! Masa first time saya datang sini, saya jatuh cinta dengan benda tu.

      Delete
  16. Ya Allah... A great n beautiful scenery... Harap dapat ke sini satu hari nanti... subhanaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, moga-moga tercapai hajat ^_^

      Delete
  17. Lepas ni akan selalu teringat jasper national park.. rasa sejuk dan xmampu nk mandi. Hehee

    Kesian driver. Takde org temankan ke farah. Kalau dia tido siapa nk drive balik hotel. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ke imej Jasper National Park dalam ingatan akak? heeeeeeee.

      Takdelah. Dia seorang je ada lesen boleh bawa shuttle tu. Orang lain takde lesen tu. So, terpaksalah dia bersengkang mata dan menghantar kami balik ke hotel.

      Delete
  18. Salam Aidiladha Farah! besnya la hai tengok trip Farah jejalan kat Canada.
    Entah bila kak ana ada peluang nak fly ke obersea sana hewewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah akan ada peluang untuk kak Ana :)

      Delete
  19. Tolonglah, Kak Farah... Gambar gambar pemandangan dalam blog nie buat saya rasa macam nak menangis T_T Haha Bestnya.... Bestnyaaaaaaaaaa...... XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang niat nak share pemandangan yang cantik ni :)

      Delete
  20. this view a so amazing....i allways love to go to this kind of places...mountains, jungle, springs...

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...