That One Time Stanley Wanted Me To Pet Him | Doodles of Life

Tuesday, May 26, 2015

That One Time Stanley Wanted Me To Pet Him

Hotel tempat saya kerja ni ada Canine Ambassador. Nama dia Stanley. He's a black Labrador. Sangat-sangat cute. Geram sangat kalau jumpa dia. Saya rasa Stanley ni sangat suka dimanjakan. Setiap kali jumpa orang, mesti dia nak meleseh. Takpun, dia akan buat muka comel suruh orang pet dia.

Tapi, pasal Stanley ni anjing, saya sedaya upaya mengelak daripada bersentuhan dengan dia. Sebabnya saya malas nak sertu. Memang tak sentuh even masa dia kering. Tapi, Stanley ni memang suka menguji kesabaran saya. Sikit-sikit nak goda saya. haha! Setiap kali saya datang office 'ayah' dia, mesti dia datang dekat-dekat saya. Lepas tu, goyang-goyangkan ekor dia. Lepas tu, minta dibelai. Eeeeee, geram sangat.

Respons biasa saya,

"Can you ask Stanley to stay put or stay away from me?"

Rasa macam agak biadap tapi Stanley memang suka jilat-jilat orang yang datang office 'ayah' dia ni. Jadi, setiap kali saya datang office 'ayah' dia, 'ayah' dia memang akan suruh dia duduk.

 Stanley mengada-ngada datang dekat saya.
Sorry Stanley, no food for you.

Masa saya ikut hiking trip summer lepas, Stanley ikut sekali. Masa tu, dia memang asyik buat muka minta belai je. Tapi pasal masa tu saya memang tahu dia basah, saya memang tak sentuh. Masa jalan pun saya kekalkan jarak selamat. Ada sekali tu saya jalan belakang dia, dia asyik pusing belakang pandang saya.

Benda yang saya asyik ulang dekat Stanley,

"Sorry Stanley, I can't pet you."

"Yes Stanley, I know you're cute. Don't look at me like that."

"Stanley, can you walk faster?"

"Stanley, do not come near me, okay?"

Nasib baik Stanley faham. Memang dia jalan jauh sikit dari saya. Tapi, dia asyik buat muka sedih sebab saya tak nak pet dia. Sabar jelah! Kalau Stanley ni kucing, memang dah lama saya peluk cium. Nasiblah dia anjing.

45 comments:

  1. hehe...bijak betul Stanley, nasib dia tak buat muka merajuk..kalau tak lagi Farah 'tergoda'..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bijak. Itulah. Kalau dia buat muka merajuk, nanti tergoda lagi. Rasa bersalah lagi.

      Delete
  2. I read somewhere.. Pets like dogs or cats.. Lagi suka dekat orang yg taknak dekat dia.. They can sense it. Mana tah saya baca, dah lupa lah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada baca juga benda tu. Tapi, saya baca pasal kucing la. Bukan anjing.

      Delete
  3. bagusnya stanley ni pandai dengar arahan! tpi rasa kesian jugak kt dia. kalaulah stanley ni bukan anjing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah! Memang Stanley ni bagus sebab mendengar kata.

      Delete
  4. Replies
    1. Anjing kat sini memang jinak-jinak belaka :D

      Delete
  5. Bila rasa timing kena, pet laa dia sekali sekala.
    Mencabar sangat bila ada binatang buat muka comel mintak belai tapi kita tak boleh belai.
    Selalu kena dengan kucing je, anjing belum lagi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sini, semua anjing, muka diaorang memang mengundang simpati je. Minta dibelai.

      Delete
  6. i know the feeling. lagi2 bila anjing kat sini manja semacam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan! Pasal diaorang ni manjalah, kita rasa macam tu.

      Delete
  7. manjanya stanley dengan akak,annjing berwarna hitam pun comel :-)














    ReplyDelete
    Replies
    1. Stanley ni manja dengan semua orang.

      Delete
  8. aigooo.. stanley..stanley.. tapi kak farah pun comel jugak.."stanley can you walk faster?".."stanley do not come near me okay.." comel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL! Itu sebab tak nak bersentuhan dengan dia langsung.

      Delete
  9. Stanley tu nampak KACAK!!..klaau sis JM jgn harap nk leh bergambar camtu...takut!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. kira Farah mmg brani le.. kalo CT nak anjing pun kalo datang dekat terus lari mengelak..
      tapi kalo nampak anjing n dia ok duduk dendiam.. CT pun okay je..

      Delete
    2. Ini pun berani sebab tahu yang Stanley ni jinak. Kalau dia jenis yang menyalak, mahu lari lintang pukang saya.

      Delete
  10. Stanley's cute! If I was you, I think I might touch him for once (of course I would 'samak' after that haha).

    ReplyDelete
    Replies
    1. I might touch him soon. We'll see if my I rajin nak sertu bagai.

      Delete
  11. kena pakai glove lah kalau nak pet dia rasanya :')
    pandai dia menggoda farah ^^

    ReplyDelete
  12. Kalu SS nampak anjing... Dah lari pecut gile2... Keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anjing lari ke SS yang lari pecut gile2 tu ?

      Delete
    2. Saya kalau nampak anjing dekat Malaysia tu pun dah lari pecut.

      Delete
    3. anjing besar mmg takot.. tapi kalo yg kecik ekor slalu godek2 tu comel je.. hehe..

      Delete
    4. Anjing kecil-kecil kat sini pun kuat menggoda. Tapi, ada juga yang garang gila. Naik takut pun ya juga.

      Delete
  13. Anjing memang selalu jadi binatang peneman manusia. Bijak.
    Sebab kita muslim, kita ada kucing cukup la dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kucing pun cukup :)

      Tapi, saya dekat sini takde kucing. Kucing pun susah nak jumpa dekat sini. Anjing banyaklah.

      Delete
  14. hehehe its not wrong kan kalo pegang.. kita ada guidelines nak samak macam mana..
    cuma ada option untuk tak pegang.. jadi tak payah susahkan diri n was was kan..

    comel Stanley bijak.. jadi dia faham =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak salah, tapi, saya je yang malas.

      Delete
    2. me is malas too walau kadang2 tu rasa geramnya..
      tapi kang fkir nak samak betoi ke dak cara tu kan hehe..

      Delete
    3. Betul tu kak Siti. Lagi buat leceh bila kat sini saya duduk dormitory style. Jadi, kongsi toilet. Malas nak mengotorkan toilet.

      Delete
  15. kesian Stanley...hahahaha...mesti dalam hati dia sedih kenapa la org ni tak nak pegang dia kan...

    so sorry stanley!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Rasa bersalah sangat dekat dia.

      Delete
  16. comelnya Stanley. hehehehe. saya suka siberian husky. ya ALLAH, geram sangat! tapi tu lah, tak boleh sentuh. kering ke basah ke, macam x confident kan. tapi kalau sekali dah pet dia (contoh pkai sarung tangan), takut dia mnx pet dia lagi. sian pula macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka Siberian Husky. Dah banyak kali nampak kat sini tapi tak berani pegang walaupun teringin.

      Delete
  17. farah cakap stanley banyak2 kali, akk terbayang stan lee yang marvel tuh... memang cute kan, jiran akk pun, anjing dia suka la buat muka kesian, mintak orang belai dia... akk cuak2, especially kalau masa tuh hujan, mmg takut nak dekat2 sagt.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran kak Aisya ada anjing? Anjing dia bising tak?

      Delete
  18. Hihihih buat muka kesian, minta dibelai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Stanley ni. Mengada-ngada sangat >.<

      Delete
  19. Bagus si anjing stanley ni. Faham org cakap pape. Anjing kdang2 bijak dan cpat faham. Nasib lah anjing kan. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa anjing ni haiwan yang bijak. Or at least, I believe Stanley ni agak bijak.

      Delete
  20. Anjing kt rumah saya nama die Robert mcm kt atas ni jugak but color golden brown, die boleh je paham ape yg manusia ckp lol, siap makan biskut marry lagi haha

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...