Blue Mountain | Doodles of Life

Friday, March 13, 2015

Blue Mountain

This is a long overdue post. Almaklumlah, cuti lama daripada blogging.

Malaysian Team at Blue Mountain
Group picture kena photobombed pun boleh :)

Pada February 19, 2015, kami telah selamat menjejakkan kaki ke Blue Mountain untuk ski/snowboarding trip anjuran MSA. Sejujurnya, saya tak berapa pasti Blue Mountain ni dekat mana sebab langsung tak nampak jalan sepanjang perjalanan. Tingkap bas berais yang macam kalau fridge sejuk sangat tu. Tak nampak apa pun dekat luar.

Pertama kali snowboarding, saya memang takut dan risau sangat. Takut kalau tak dapat tangkap cara yang betul untuk snowboarding. Takut tak dapat snowboarding dengan betul sebab saya memang tak berapa ngam dengan winter sports. Skating pun tak lepas lagi. Risau kalau dapat injuries ke apa ke. I can't afford to be sick! Cuaca pula sejuk sangat hari tu. The sensory temperature was -40.

Pasal saya dah ada perasaan takut dan risau tu way before I start the practice, memang gelabah habis la bila buat betul-betul. Saya rasa saya sampai kena panic attack. Instructor saya pun perasan. Rasa sedih je sebab tak dapat buat betul-betul lagi. Asyik jatuh. Jatuh pula macam-macam gaya. Yang paling ekstrem dan sakit sekali bila jatuh terhentak kepala. Bergegar kepala. Lepas je jatuh terhentak kepala, terus saya berhenti.

One thing if you want to go skiing or snowboarding: Do not be afraid of falling, and do not give up easily! Jangan jadi macam saya. Lepas saya jatuh banyak kali sampai yang terhentak kepala tu, terus saya berhenti. Sampai sekarang saya rasa menyesal.

Farah X Blue Mountain. Ha Neul X Blue Mountain
Ha Neul X Blue Mountain

Lepas berhenti, terus saya pergi Blue Mountain Village sebab saya sedih dan sakit sangat. Blue Mountain Village ni cantik sangat-sangat! Too bad saya takde gambar sebab tak bawa kamera keluar. Nak tangkap gambar pakai phone pula nanti tangan sakit sebab kena buka gloves. Dekat sini, baru nampak ada lagi aktiviti lain yang ditawarkan selain daripada ski dan snowboard. Ada snowtubing, skating, dan snowshoeing. Teringin nak snowtubing, tapi masa tu tinggal berapa jam je lagi. Tak sempat dah.

Habis jalan dekat Blue Mountain Village, balik semula ke slope asal. Tapi, kali ni saya tolong jadi photographer untuk kawan-kawan saya sahaja. Tak larat nak cuba sekali lagi sebab kepala saya masih ting tong lagi.

All in all, saya berpuas hati dengan trip kali ni walaupun dapat banyak kecederaan dan masih tak berapa pandai nak snowboarding lagi. At least, saya dah ada pengalaman snowboarding dan dapat explore tempat lain selain daripada Guelph. Oh, and I am pretty sure this will be my first and the last time going snowboarding :p

48 comments:

  1. mencabar betul..suhu sampai -40 memang tak ah lelama snowboarding. apapun pengalaman yg seronok :) leh berlatih lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je lelama snowboarding kalau -40. Tapi, sakit sikit la.

      Delete
  2. sakit ye jatuh atas ais..huhu... comelll je farah... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit sebab jatuh terhentak kan. Rasa macam terhantuk dinding juga.

      Delete
  3. "Oh, and I am pretty sure this will be my first and the last time going snowboarding"

    alaaa...alaaaaa....jangan la macam neh...g la lagi...learning is good! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni memang phobia sikit dengan tempat curam dan tempat licin. Sebab tu, tak berapa nak yakin boleh snowboard atau ski.

      Delete
  4. Snowboarding mcm susah je... Pernah try main ice ski? Yg ada dua papan tu? Ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi. Teringin juga nak cuba tapi lepas snowboarding pun tak berapa nak pandai, kena fikir banyak kali dulu.

      Delete
  5. pernah ski tapi belum pernah snowboarding lagi. tapi masa ski dulu pun, kita masuk school tapi emm tak excited sangat sebenarnya ski/snowboard ni. memang adventure, tapi I have some other activities yang rasa lagi best daripada diorang berdua tu. hehehe.

    sama lahh, ice skate pun kurang lagi. :) nak try roller blade dulu, tapi tak berkesempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think it depends kot. Ada orang dig all these kind of activities. Ada yang tak. Macam saya ni, mungkin tak kot. I'm more to couch potato. lol.

      Saya apa-apa yang licin je, semua failed. Roller blade bolehlah kalau yang simple-simple. Kalau yang tricks, tak pandai.

      Delete
  6. Arrrggghhh!!!!
    Teringinnya nak snowboard!
    Nak jugak merasa jatuh bangun jatuh sejuk jatuh jatuh lagi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang sukakan cabaran, sangat digalakkan untuk cuba benda ni.

      Delete
  7. Takpee. Snowboarding tu kan perlu berani sikit. At least you dare to try dik! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni dah tak mahu snowboarding dah.

      Delete
    2. hahaha. at least dah rasaaaaa kannnn?

      Delete
  8. Replies
    1. Best, tapi cukuplah kot sekali je.

      Delete
  9. Seronoknyaaa Farah. tapi kalau dah jatuh memang fobia lah nak main balik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok memang seronok tapi bila asyik jatuh, memang dah tak best la. hahahaha

      Delete
  10. amboi.. haneul pun bawak skli? sejuk dia.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah bawa sebab dah janji dengan adik kan. hehehe

      Delete
  11. saya rasa snowboard ni mcm lagi susah dari ski sbb 100% bergantung pada keseimbangan badan kita.
    kalau main ski ada stick yg kite boleh pegang, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga. Rasa macam ski lagi senang. Instructor akak pun kata akak lagi sesuai main ski sebab akak tak berapa nak pandai control snowboard.

      Delete
  12. wowwww bestnyaaaaaa
    hihihih part paling comel yg part jatuh tu :p
    hehehehe gurau hiks.
    ha neul pun ewah semangat dia ikut ka farah hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila banyak lebam, terus dah tak comel dah, Qila. hahahaha :p

      Haruslah bawa sebab dah janji dengan adik.

      Delete
  13. memang mencabarlah buat those yang first time mencuba kan.. mahal tak rate nak main2 tu semua ?
    akak punya impian tak adalah sampai nak snowboarding.. nak guling2 atas snow saja ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencabar bagi saya. Lagilah bagi orang yang tak berapa athletics macam saya ni. Saya pun takde impian nak main snowboarding ni semua. Pergi sebab nak merasa je. At least dah ada pengalaman snowboarding, pergi ski resort.

      Rate dekat sini, ikut season juga. Macam trip ni, saya bayar CAD 70. CAD 70 ni dah include transportation Guelph - Blue Mountain, equipment rental, dengan lift ticket. Kalau bukan trip sekolah, saya tak sure rate dia berapa.

      Delete
    2. hihi sebab under skolah i guess it was way cheaper.. kalo dak mahal kot kan..
      akak ada bace.. kalo kat korea kena ada lesen dulu baru bleh main.. kena p masuk kelas dlu few minutes utk tngk lulus ke dak.. kalo dak main kat depan je xleh pegi jauh..

      sedih..

      Delete
    3. Betul juga kot. Sebab saya macam ada nampak, fee untuk equipment rental dengan lift ticket je macam dah dekat CAD 80.

      Oh ya ke? Saya tak pernah tahu pula. Dekat sini, kalau tak pro pun boleh je naik slope yang advance tu. Tapi kalau cedera ke apa ke, sendiri tanggunglah sebab semua yang dekat slope yang advance tu pro-pro dah.

      Macam saya ni, saya main dekat training hill je tapi tu pun dah cukup mencabar bagi saya.

      Delete
  14. amboi Ha Neul.. ikut kakak berjalan ye..
    tak sejuk ke Ha Neul bogel tak de coat =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol. Ha Neul ada kulit buaya. Dia tahan segala sejuk bagai ni. hehehe

      Delete
    2. ooowh Ha Neul might keliru ngan identity dia.. oomai..

      Delete
    3. Hihihihih. Okay, ini kelakar :D

      Delete
  15. bestnye ada snow, kat Uk masa ni dh tkde snow kalau tak dpt jugak tumpang main2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa UK memang jarang snow. Tapi, tak tahulah betul ke tak sebab belum berpeluang lagi nak jejakkan kaki ke UK

      Delete
  16. wah Farrah snowboarding ya.. ok laa ada jugak pengaaman kan.. laa Ha Neul pun ikut juga ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukuplah sekali untuk pengalaman. Mungkin tak main dah lagi lepas ni.

      Delete
  17. jeles much!teringin nak try gak ni walaupun sedar diri tak tahan sejuk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada winter apparel yang sesuai, boleh je main walaupun tak tahan sejuk. hehehe

      Delete
  18. setahu sis JM bila sebut Blue Mountain tu terus terbayang Sydney :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah sampai Aussie, so tak tahu pula pasal Blue Mountain dekat Sydney ni.

      Delete
  19. alahaiii. one of my bucketlist. :D
    hahaha. bestnya skateboarding. mesti best jatuh2 atas snow. hehee :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan skateboarding. Snowboarding ^_^

      Kalau jatuh ala-ala manja atas snow, best la. Kalau jatuh sampai bergegar kepala otak, sangat tak best.

      Delete
  20. alahai,alahai.
    bestnyaaaaaaaaaaaaaaa.. teringin nak main jugak. wuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah satu hari nanti ^_^

      Delete
  21. bestnya farah ! kalau dpt main memang tak sedar diri . hehehe

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...