Bersyukurkah Kita? | Doodles of Life

Wednesday, March 04, 2015

Bersyukurkah Kita?

Satu hari saya sendawa dalam kelas. Lepas tu, saya pun cakaplah, "Alhamdulillah". Kawan saya dekat sebelah pun tanyalah sesuatu dekat saya yang buat saya muhasabah diri saya balik.

"Farah, saya nak tanya something dekat Farah. Farah jangan marah ya".

"Shoot".

"Bila you cakap alhamdulillah tu kan, you betul-betul bersyukur ke you dapat makan sedap-sedap dan kenyang or you dah terbiasa cakap alhamdulillah tu bila you sendawa?"

"Interesting. You know what. I rasa I memang bersyukur sebab dapat makan sedap-sedap dan kenyang tapi bila you dah tanya macam ni, tiba-tiba I rasa I cakap alhamdulillah tu sebab dah terbiasa. Alamak, macam mana ni?!"

"I tanya je tau. You tak payah rasa bersalah ke apa ke tau".

syukur

Merujuk kembali kepada perbualan di atas, pernah tak awak tanya dekat diri awak bila awak cakap alhamdulillah (dalam kes ni, sendawa kenyang lepas makan), awak betul-betul bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan tu atau awak dah terbiasa dari kecil cakap alhamdulillah lepas sendawa kenyang makan.

Malam yang kawan saya tanya soalan tu, lama juga saya muhsabah diri saya balik. Betul-betul rasa terpanar dengan soalan kawan saya tu. Soalan simple macam tu tiba-tiba buka soalan lain dalam diri saya dan buat saya reevaluate diri saya balik.

Agak-agak, berapa banyak nikmat Allah yang kita dapat selama ni, kita memang betul-betul ikhlas ucapkan alhamdulillah bila kita terima nikmat-nikmat tu? Adakah ucapan syukur, ucapan alhamdulillah tu hanya di mulut sahaja? Sampai ke tidak perasaan dan ucapan syukur tu ke hati kita? Adakah perbuatan dan amalan harian kita menunjukkan yang kita ni bersyukur atas segala nikmat Allah? Dan adakah kita menggunakan nikmat Allah tu untuk benda-benda yang hak?

35 comments:

  1. setiap nikmat yang kita dapat amalkan ucap alhamdulillah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nani. Tapi, harap-harap ucapan alhamdulillah tu betul-betul sampai ke hati kita. Bukannya hanya ucapan yang diungkapkan di mulut sahaja.

      Delete
  2. kekadang ianya hanya amalan bukannya datangnya dari hati.. semoga setiap nikmat yang kita perolehi akan kita ucapkan alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Setuju. Moga-moga kita betul-betul ikhlas dalam bersyukur.

      Delete
  3. This Is Nice!.. Ikhlas itu tak boleh di ungkap mcm mane rupenyer.. tapi hanya kita& Allah je yang tahu sama ada iklah dalam mengucapkan sesuatu,, atau sekadar dibibir saja.. hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ikhlas tu antara kita dan Allah sahaja.

      Delete
  4. Betul.. betull muhasabah diri.. tapi kite dah biasa ucap alhamdulillah bila dapat sesuatu atau daoat perkhabaran yang baik atau lepas makan sebab nak tunjuk rasa terima kasih kat Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita dah biasa cakap alhamdulillah bila dapat benda-benda bagus dalam hidup kita. Saya cuma tertanya-tanya sahaja ucapan alhamdulillah tu memang datang dari hati kita atau cuma ucapan yan terkeluar dari minda bawah sedar kita.

      Delete
  5. Allahu, termuhasabah jugak :)

    InsyAllah, at least bila dah terbiasa ucap alhamdulillah, we have a good point yg mak ayah dah didik kita saying the right thing. Memang banyak benda just jadi habits / ritual kan? Baca doa sebelum & selepas makan, sebelum & selepas tidur. Good things to do, and jom sama2 kita hayati maknanya pula.

    Oh ye, hari tu baru dapat sharing pasal bersyukur. Ada 3 cara kan, dgn perbuatan, lisan dan hati. :) InsyAllah, dah buat satu cara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Terlupa pula pasal 3 cara bersyukur tu. Terima kasih sebab mengingatkan.

      Delete
  6. manusia...leka dia selalunya pada pencipta...ingatannya pada sesama manusia...

    InsyaAllah..."alhamdulillah" sebab syukur nikmat bukan kebiasaaan :D

    ReplyDelete
  7. Terdiam aku beberapa saat...
    Memang macam dah terbiasa cakap alhamdulillah.
    Terbiasa. Bukan bersyukur.
    Harap kita semua boleh berubah kepada yg lebih baik lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Saya rasa lepas kawan saya tanya soalan ni, baru macam tersedar banyak kali je ucap alhamdulillah disebabkan terbiasa.

      Delete
  8. betul apa yg kawan akak kata tu..
    saya pun kadang2 ucap alhamdulillah sbb bersyukur dpt nikmat makanan sedap. tpi kadang2 ucap alhamdulillah tu sebab dh terbiasa. langsung lupa yg kita kenyang tu rezeki drp Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Mazni. Akak pun macam tu juga. Lepas ni, harap-harap, kita betul-betul ikhlas.

      Delete
  9. T.T ya Allah, deep betul. thnks kak farah... rasa mcm boleh relate bkn je utk mknn utk prkara lain pun boleh.. uhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Untuk segala benda lain juga. Pakai contoh makanan pasal benda ni muncul masa tengah makan.

      Delete
  10. terasa sungguh diri ini. selalu sebut sebab dah jadi amalan je. T^T
    harap ikhlas la dalam bersyukur nie kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Moga-moga kita sentiasa ikhlas dalam bersyukur

      Delete
  11. uwaaa.. terasa TT^TT huhuhu
    thanks for this entry farah.. leh jadikan iktibar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terasa juga dengan soalan kawan saya tu. Sebab tu saya up kan entri ni.

      Delete
  12. hmmmm... itu baru ucapan alhamdulillah kan. belum lagi amalan lain semua. itu pun dah jadi kebiasaan... lepas ni kena beringat baliklah kan. tapi xpelah, at least...at least kita terdorong untuk menyebut instead of nothing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Amy. Ini baru je ucapan alhamdulillah. Belum yang lain lagi. Betul juga tu, At least kita sebut. Tapi, harap kita dapat improve diri kita pada masa hadapan.

      Delete
  13. uit terkedu jugak seround macam ni.. diri sendiri tak pernah rasa nak tanya macam tu..
    nope.. tak pernah terpikir pun. i would cakap sebab dah terbiasa kot.. dari kecil orang ajar.. kalau sendawa cakap alhamdulillah so jadi habit.. now i guess kena tukar. ajar anak2 buah cakap alhamdulillah kalo sendawa and let them know the reason why kita sebut alhamdulillah..

    for the food.. for the happiness and for everything. good thing to ponder together =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak Siti. Saya ni terkedu kuasa 20 sebab yang menegur ni bukan orang Islam.

      Delete
    2. okay bukan setakat terkedu.. makan dalam terus T.T
      means that person sangat observant.. dia mesti da noticed few times sbb tu
      dia tanya cem tu.. aaaa..

      Delete
    3. Tahu takpe. Memang makan dalam habis. Tak tahulah dia noticed banyak kali ke tak. Sebabnya dia tak banyak kawan Muslim. Dan kami pun jaranglah kenyang sampai sendawa. Mungkin dia random je kot tanya sebab kami kat sini memang random je.

      Delete
  14. betul tu.. tapi, insyaAllah ianya akan mendapat keredhaan sebab kita buat benda yang baik... lepas ni, kena take note la.. :)

    ReplyDelete
  15. ish ish tapi dlm hati qila everytime alhamdulillah mmg bersyukur sbb tak selalu ucap hihi.
    ucap bila bersyukur je ish tu pun qila kena fix jugak tu
    mashaallah thanku so much kak farah <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga-moga kita sama-sama ikhlas dalam bersyukur :D

      Delete
  16. dengan anis2 sekali ter muhasabah diri... terkedu dengan soalan tu jugak...urmmm... kite kena jugak bersyukur dengan sebetul2nya.. bukan kerana terbiasa ucapkan... nilai sendiri semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena sentiasa ikhlas dalam bersyukur.

      Delete
  17. setuju engan statement kawan Farrah tu kerana ada sebahagian tu ucap alhmadullilah kerana kebiasaan bukan betul2 bersyukur...peringatan buat sis JM juga

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...