Ribut Salji | Doodles of Life

Monday, February 02, 2015

Ribut Salji

Semalam Ayah tanya dekat sini "Okay tak? Sejuk sangat tak kali ni? Ada ribut salji ke? Ayah tengok New York kena ribut salji". Mungkin sebab dia risau lepas baca ribut salji dekat New York. Saya tak ikut sangat news, so tak tahu apa yang jadi dekat New York. Mungkin ribut salji dia teruk kot.

Macam biasa, saya jawablah, "Dekat sini okay je. Sejuk macam biasalah. Adalah berapa kali -25 dah. Selagi belum -40, insya Allah, orang boleh manage. Dan alhamdulillah, kat sini belum ada ribut salji lagi."

Salji tebal di pagi hari.

Hari ni bangun, tengok Facebook, ada orang cakap hari ni sekolah tutup. Tengok website sekolah, sekolah pun cakap, hari ni sekolah tutup. Pergi google Guelph weather, tengok ada winter storm warning. Pergi tingkap tengok luar, salji dekat belakang rumah tebal sangat. Sampai peha mungkin. Pergi tengok depan rumah, memang salji tebal. Salji depan pintu je dah sampai paras buku lali. Salji dekat parking spot mungkin sampai lutut.

Memang duduk dalam rumah, bawah selimut jelah hari ni. Penangan ribut salji.

82 comments:

  1. Seksa jugak kalu manjang salji je kan... Hopes u can survive...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksa juga, tapi tahun ni winter tak teruk macam tahun lepas. Salji pun dah jarang turun dah ^_^

      Delete
    2. Akak yg baca ni jadi terlebih risau,..ribut salji? Sure bila salji dah tebal tu sejuk giler.

      Delete
    3. pernah drive masa ribut salji; ya Allah, memang tak nampak apa, putih je. kereta nak gerak guna gear 1 pun payah sbb salji tebal sangat

      Delete
    4. Dia sejuk aklau ada angin je. Kalau takde angin, tak sejuk sangat pun, kak Farrah.

      Hanis, kita memang kagum sangat dengan orang yan drive masa ribut salji ni.

      Delete
    5. kalau dulu, teruk sangat sampai jadi apa Farah?

      Delete
    6. Tahun lepas, ada dekat seminggu juga suhu -45. Memang sakit sangat kalau nak keluar pergi kelas. Nak bernafas pun susah. Mata pun asyik berair. Ais asyik terbentuk je dekat bulu mata.

      Delete
  2. Macam2 sekarang. Sejuk sangat pun tak best kan.huhu. anyway.take care. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sejuk sangat pun tak berapa best.

      Delete
    2. saya xley sejuk sangat... nanti memanjang sakit perut. hahahahahaha

      Delete
    3. Adoi. Macam mana nanti kalau nak main snow ni.

      Delete
  3. singgah sini .. jom join GA niii .. hadiah berharga RM500 !

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/02/giveaway-by-ekinrazalli-worth-rm500-to.html

    ReplyDelete
  4. huishhh mesti sejuk sangat tu kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk la juga, tapi masih boleh tahan ^_^

      Delete
  5. Replies
    1. Bahaya kalau kita drive sebab kalau ribut salji, memang tak nampak apa-apa pun.

      Delete
    2. tapikan jalan mesti penuh salji mcm mna nk drive

      Delete
    3. dia macam drive masa hujan lebat jugala kan... x nampak apa.. risau je. pastu licin lak tu

      Delete
    4. Betul tu, Amy! Cuma saya rasa lagi bahaya daripada hujan kot. Tak tahu nak komen macam mana sebab saya tak ada driving license. So, saya tak pernah memandu.

      Delete
  6. ish, sejuknya..kalau akak lah kan mau duduk sesaja dalam rumah.take care Farah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun duduk rumah je ni. Thank you kak Sal ^_^

      Delete
  7. masa tgh salji tebal2 macam tuu; stay bilik, duduk dalam comforter, layan movies sambil minum hot drinks. ^_^ fuhh.

    selalu dgr salji kat canada memang selalu tebal. :) jaga diri, jaga kesihatan na. :D kat czech, salji malu2, turun pun sikit2 ja. rindu pulak nak buat snowman hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Memang macam tu la. Cuma saya tak minum air panas. Hehehehehe.

      Terima kasih. Canada ni memang macam ni. Tapi, tempat saya kira okay la kot sebab tempat saya tak berapa banyak salji. Dengar kata Europe memang malu-malu saljinya.

      Delete
    2. haha tu laaaa, memang malu sangat. pagi snow, tgh hari semua dah cair.

      Delete
    3. Patutlah kawan saya dekat Europe tu selalu excited kalau ada snow.

      Delete
  8. -25? Tak boleh bayangkan kalau saya yg alami cuaca kat sana...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula-mula memang susah sikit. Lama-lama dah baisa dah ^_^

      Delete
    2. kalau masa mula2.. memang macam orang sakit perut la saya.. mengerekot je.. eh, betul ke penggunaannya ni? hahaha

      Delete
    3. Betul kot (?) Saya pun tak tahu. BM baku saya memang dah ke laut dah.

      Delete
  9. kt america dgn canada ni mmng salji mengganas sikit, hehe. jaga kesihatan kak farah! pakai baju tebal2 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mazni. Tapi rasanya kalau dekat Russia lagi ganas kot. Terima kasih :D

      Delete
  10. peeergh snow sampai paha ? eerk.. maybe sebab akak x penah encounter snow jadi akak agak xcited.. take care ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sure. Saya main agak je sebab nampak macam tinggi. Saya pun excited juga kak Siti sebab dah lama tak nampak snow tebal macam ni.

      Delete
  11. bestnya salji2. .tapi bahaya jugak kalau salji tebal kan. pastikan bekalan makanan cukup. .:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahya juga. Lagi-lagi kalau drive.

      Delete
  12. sejukkk tu farah... take care dear :)

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Sekejap je hibernate nya kak Budak.

      Delete
  14. -25? -40?
    Dekat umah ni aircon 16 pon dah sejuk...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat sini 16 tu sweater weather. Kiranya suhu best je ^_^

      Delete
    2. hahahhaha... tahu xpe! 16 degree dah kira menggigil..

      Delete
    3. oh, itulah maknanya sweater weather ye. saya ada dengar lagu tu/ tapi x faham maksudnya. hehe

      Delete
    4. Saya tak pernah dengar lagu sweater weather. Tapi, sweater weather memang best la ^_^

      Delete
  15. takut jugak eh kak farah haih.
    stay safe <3333
    hihi. jgn main snow ye hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah main sebab bukan selalu snow turun macam ni.

      Delete
    2. nanti dah balik Malaysia, x boleh dah main snow.. nak bawa balik xley. hahahahhaha

      Delete
    3. Betul tu, Amy! Kalau balik nanti, tak berpeluang dah nak main.

      Delete
  16. mesti sejuk sesangat nih.. apapun take care tau.. risau bila dengar ribut salji apa bagai nih..

    ReplyDelete
  17. tebalnya salji. ddk dlm kelas aircon 20 pun kemahin dah sejuk sangat.

    ReplyDelete
  18. jaga diri bebaik Farah kat sana.

    ReplyDelete
  19. farah, amek salji tuh, buat ABC!! :D xpon patbingsu ker :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut saljinya tercemar. Tak berani nak buat ABC. hehehhe

      Delete
    2. amboi, buat patbingsu ha.. hahaha.. bestnya kalau salji tu bersih, pastu makan...tapi dah la musim sejuk, makan lak benda sejuk..

      Delete
    3. Dekat sini, kadang-kadang, kitaorang makan je ice cream even though dekat luar tu sejuk gila.

      Delete
  20. agak lah tebal and sejuk. wuwuwu. kalau akak, akak snooze je haritu. haha

    ReplyDelete
  21. -25 to -40 darjah...uwaaaa...duduk dalam aircond 16 darjah pun dah gigil-gigil

    ReplyDelete
  22. jaga diri tau. lau selsema cpt2 mkn ubat tau :)

    ReplyDelete
  23. teringinnya nak merasa musim sejuk dan salji sama-sama.. heheh+

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah satu hari nanti :)

      Delete
  24. take good care of urself Farah :)

    ReplyDelete
  25. Sejuk sejuk makan pisang goreng panas sedap nye. Hehe. Dah siap stok makanan siap2 la kan kalau berlaku salji tebal camtu. Ade ke kedai bukak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je kedai bukak. Masa tu, saya takde pisang. Jadi, tak boleh makan goreng pisang.

      Delete
  26. kalau -25 tu baju kena pakai berapa lapis Farah? kalau saya maybe kena double triple sebab saya x tahan sejuk. x tahan sejuk tapi teringin nak p sana. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal saya ni gemuk, pakai t shirt dengan winter coat je dah cukup. Tapi, kadang-kadang pakai sweater juga sebelum pakai winter coat.

      Delete
  27. bagi yang tak pernah jumpa salji original memang rasa semua ni fascinating..
    kena tunggu ada pengalaman sendiri baru tahu la kot best ke tidak..

    akak experienced -3 pun rasa pipi dah hilang eeerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Siti. Saya masih lagi rasa semua benda ni fascinating. Kalau -3 pipi dah hilang, cuba akak bayangkan kalau suhu rendah daripada tu. Muka saya selalu kebas dan kaku kalau tunggu bas lebih daripada 10 minit masa suhu -20 dan ke bawah.

      Delete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...