Kembali ke Jasper ke kita? | Doodles of Life

Tuesday, November 04, 2014

Kembali ke Jasper ke kita?

Kembali ke Jasper ke kita?

Merujuk kepada post Antara Whistler, Banff, Lake Louise, dan Jasper, saya telah membuat keputusan untuk memilih Jasper dan mengucapkan selamat tinggal kepada pilihan pertama saya iaitu Lake Louise.

Semuanya sebab saya dah email HR Lake Louise dan mereka cakap position yang saya nak cuba tu tidak ditawarkan di Lake Louise. Position yang paling hampir ialah housekeeping service agent. Kiranya macam room attendant la. Saya dah kerja room attendant last summer, jadi kalau boleh kali ni cuba benda lain pula.

Akan bertemu kembalikah kita, Jasper?

Walaupun berat hati nak ucap selamat tinggal dekat Lake Louise sebab Lake Louise tu cantik, gaji tinggi lagi (Jasper punya gaji paling rendah antara 4 tempat tu), tapi, saya terima sahajalah sebab saya memang nak cuba benda baru. Sekarang ni, kita tunggu sahaja panggilan interview. Moga-moga ada rezeki, insya Allah :)

34 comments:

  1. wah ke jasper? :)
    semoga dipermudahkan utk keje baru ;)
    dan goodluck ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kalau dapat interview dan lepas, ke Jasper la saya.

      Terima kasih.

      Delete
  2. farah under scholar apa eh? best plak dapat blaja sambil keje ni. :) sambil kenal tempat baru.

    Id love to pursue my master oversea kalau ada rezeki. My future plan la sebab sekarang degree pon belum habis. Jealous tengok farah ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya under JPA. Betul, rasa seronok sangat tapi kerja saya ni bukan high position punya kerja pun. Kerja cikai-cikai je bak kata orang.

      Insya Allah, ada rezeki tu nanti. I'd love to pursue my master overseas juga tapi tak tahu la sama ada nak terus buat lepas degree or cari pengalaman kerja dulu.

      Delete
  3. Replies
    1. Bukan jalan-jalan pun. Pergi bekerja :)

      Delete
  4. in shaa ALLAH, Farah akan dpat pengalaman yang x dapat dilupakan. aamiin.

    xde rezeki kat Lake Louise nak buat macam mana kan. mungkin ada hikmah..

    eh, nanti dah dapat kerja, kalau ada masa, ceritalah kat sini ye. nak tahu pengalaman orang kerja kat oversea ni. hehe ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Betul tu, mungkin bukan rezeki nak pergi Lake Louise sekarang tapi mana tahu boleh pergi dalam 2 tahun yang akan datang ke?

      Insya Allah kalau dapat kerja, bolehlah cerita tapi rasanya takde apa-apa sangat pun yang boleh diceritakan :)

      Delete
  5. goodluck farah...semoga dipermudahkan semua yer :D

    ReplyDelete
  6. good luck farah. mungkin Jasper adalah pilihan yang terbaik. biar sikit tapi cukup. boleh belajar jadi seorang yg jimat. semua tu ada hikmahnya, inshaAllah.
    may Allah ease everything. ameen.
    btw, farah study course apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Thank you, kak.
      Saya study Tourism Management

      Delete
  7. apa2 pun keputusannya, semoga ia bermanfaat untuk farah :) aah. gambar tu ambil kat dp. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zizie.
      Patutlah nampak macam familiar je ^^

      Delete
  8. semoga dipermudahkan ye Farrah.. kutip pengalaman harganya lagi mahal. nanti bleh banje churros dua hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak! Insya Allah. Obses dengan churros ya?

      Delete
  9. bestnya dapat pengalaman kerja kat luar negara. kerja cikai2 kat sana pun gaji mesti lebih dari malaysia ni kan. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, best juga. Tapi, risau sebab takde pengalaman kerja dekat Malaysia. Suasana dia mesti berbeza. Errr, pasal gaji tu macam betul je sebab kt sini dia ada minimum wage.

      Delete
  10. kalau duit gaji convert duit malaysia agak2 kaya tak? xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara jujurnya, kalau convert, memang kayalah. Tapi, kalau tak guna langsung duit gaji tu. Kalau boros macam akak ni, takdelah kayanya.

      Delete
  11. Aminnn. Grab ilmu and pengalaman sebanyak mungkin farah. Maybe ada hikmahnya Allah tunjuk Farah ke Jasper. hehe.

    Good luck sana yang! :)

    ReplyDelete
  12. Good Luck Farah..x sabar nak tahu resultnye nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Insya Allah bila dah dapat keputusan, saya beritahu :)

      Delete
  13. Jasper? Bestnya, nanti dapat nak ole2 ye... hahaah..Semoga dipermudahkan segala urusan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Insya Allah. Itu pun kalau dapat kerja dekat sana la. Terima kasih ya ^^

      Delete
  14. rajinnye cr pendapatan sampingan.. semoga dipermudahkan segala urusan yer Farah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya kak Fiza. Terpaksa kerja sebab sekolah saya ni kalau nak graduate kena ada 1200 jam working experience. Saya baru ada 700 lebih je.

      Delete
    2. Woahh macam tuu. >< anyway good luck kak! ^^ kutip pengalaman banyak2 tauu!! ^^ hehe

      Delete

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...